ARTIKEL

Tawar khidmat seks, wanita Vietnam didenda RM2,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang wanita warga Vietnam dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret kerana terlibat dalam aktiviti menawarkan khidmat seks di sebuah hotel di Jalan Setia Raja, Ahad lalu.

Le Nguyen Thi Thu Tuy, 43, dari Ho Chi Minh, Vietnam mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Dia melakukan kesalahan itu di sebuah hotel bajet di Tabuan Stutong, kira-kira jam 3.30 petang, 26 November lalu.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, satu serbuan Op Noda dilakukan sepasukan polis di sebuah hotel kerana disyaki menjalankan kegiatan pelacuran.

Hasil serbuan berjaya menangkap tertuduh beserta barang rampasan yang digunakan untuk aktiviti pelacuran seperti tiga keping kondom dan tiga keping wang tunai bernilai RM150.

Hasil siasatan mendapati tertuduh menjalankan aktiviti pelacuran dalam sebuah bilik dan berlaku tawar menawar antara tertuduh dan anggota penyamaran dengan kadar bayaran RM150.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Ammarsoffi Yusoff manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

LAIN-LAIN BERITA

Kaji, semak tempoh kenaikan pangkat penjawat awam

MIRI: Kerajaan perlu mengkaji dan menyemak semula tempoh kenaikan pangkat penjawat awam yang dikatakan terlalu panjang atau lama. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan