Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Tawaran kerja lumayan, pemuda rugi RM12,288

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Foto fail

SIBU: Gara-gara mahu bekerja bergaji lumayan, seorang lelaki tempatan berputih mata apabila mengalami kerugian RM12,288, setelah terperdaya dengan tawaran pekerjaan yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataan, hari ini, berkata, mangsa berusia 23 tahun merupakan seorang pembantu di sebuah kedai makan di sini ditipu oleh sindiket yang menawarkan pekerjaan tidak wujud melalui aplikasi WhatsApp.

“Pada 8 Oktober 2022, mangsa menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada nombor yang tidak dikenali menawarkan pekerjaan sebagai ‘runner money lender’ dengan gaji yang lumayan iaitu sebanyak RM5,000 sebulan.

“Mangsa tertarik dengan gaji yang ditawarkan lalu bersetuju menerima tawaran pekerjaan tersebut,” kata beliau.

Sebelum itu jelasnya, mangsa diminta untuk membuat pembayaran deposit ke satu akaun terlebih dahulu dan telah membuat sebanyak lapan transaksi pembayaran dalam tempoh bermula 8 Oktober 2022 sehingga 15 Oktober 2022 berjumlah RM12,288.

“Mangsa mula merasa curiga apabila sering kali diminta membuat pembayaran lalu menyuarakan hasratnya untuk membatalkan niat menerima pekerjaan tersebut, malah dikehendaki membayar sebanyak RM10,000 sebagai ganti rugi,” kata beliau.

Mangsa enggan menurut permintaan tersebut kerana mengesyaki telah terjerat dengan tipu helah ‘scammer’.

Justeru, Zulkipli menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan sebarang tawaran kerja yang diiklankan di media sosial menjanjikan gaji lumayan bagi mencegah kegiatan penipuan sebegini.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk