ARTIKEL

TBS, SPFC mara ke separuh akhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBURAN: Dua pasukan, TBS 23 dan SPFC menepati ramalan mara ke separuh akhir kempen Piala FA Serian 2023.

Kedua-dua pasukan terbabit berjaya menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik selepas menumpaskan lawan masing-masing pada perlawanan peringkat suku akhir di Kompleks Sukan Siburan petang tadi.

MARA…Pemain pasukan TBS 23.

Penampilan pilihan popular, SPFC antara yang mencuri tumpuan selepas mencatat kemenangan besar (9-1) ke atas BB United.

Berbanding kemenangan tipis (1-0) dicatat oleh TBS 23 ke atas Balai Ringin FC.

KAWAL…Penyerang Balai Ringin FC, Mohd. Najwa Huzainie (kanan) mengawal bola sambil dibayangi pertahanan TBS 23, Mohd. Shukri (kiri) pada perlawanan petang tadi. – FOTO FAIZAL BUJANG

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA) Phillip Jabu menegaskan, kemunculan ramai pemain berstatus bintang merancakkan pentas saingan.

“Pasukan yang bersaing di peringkat suku akhir kali ini turut menyenaraikan beberapa pemain bintang, jelas menyemarakkan lagi pentas saingan,” ujar Phillip.

Dua lagi perlawanan peringkat suku akan berlangsung di gelanggang sama esok. Pasukan X Movent akan menentang Marr SC (1 petang).

Disusuli perlawanan antara Gedong United dan Black Rovers (3 petang).

LAIN-LAIN BERITA

Senarai muktamad pemain diketahui bulan Mei

KUCHING: Senarai muktamad pemain skuad sepak takraw lelaki yang akan mewakili Sarawak di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 akan diketahui penghujung bulan Mei nanti.

Hannah harap Tze Yong sempat sembuh

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menaruh harapan agar pemain badminton perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, sempat sembuh sebelum tempoh kelayakan Sukan

BERITA TERBARU

162 kluster SPOC terima persijilan MSPO

KENINGAU: Sebanyak 162 Kluster Minyak Sawit Mampan (SPOC) melibatkan 177,355 pekebun kecil sawit persendirian (PKP) berjayamemperoleh Persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) di bawah seliaan

Anak lambat bercakap

ANAK saya belum bercakap. Kenapa si kecil saya tidak bercakap? Berapa banyak perkataan yang sepatutnya dikeluarkan oleh kanak-kanak berumur dua tahun? Gejala anak lambat bercakap

Rayuan ibu Navalny dapat perhatian

MOSCOW: Sebuah mahkamah di Rusia, Far North bakal mendengar kes pada bulan depan yang dibawa oleh ibu kepada pemimpin pembangkang, Alexei Navalny, yang dihalang daripada