KUCHING: Setakat 30 November lalu, Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) menerima sebanyak RM90.4 juta kutipan zakat berbanding RM115.5 juta bagi sepanjang tahun 2020.
Menurut Pengurus Besar TBS Datu Abang Mohd Shibli Abg Mohd Nailie, dalam tempoh yang sama pihaknya telah mengagihkan sejumlah RM67.7 juta.
“Daripada jumlah tersebut sebanyak RM48.3 juta bantuan telah diagihkan melalui empat program utama iaitu Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Program Membangunkan Institusi Islam, Program Memantapkan Kebajikan Ummah dan Program Peningkatan Kemahiran Ummah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Ummah Distribution Centre (UDC) di Medan Hamidah dalam program Penyerahan Bantuan TBS kepada Asnaf dan Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan, hari ini.
Selain itu katanya, sebanyak RM3.25 juta Bantuan Khas Covid-19 TBS telah diagihkan sepanjang tahun ini.
Dalam program yang sama, TBS menerima zakat perniagaan bagi tahun 2020 berjumlah RM580,000 daripada Bank Islam, hari ini.
