ARTIKEL

Kesemua PATI telah diusir keluar dari sempadan Sarawak dan diarah pulang ke negara asal.

TDM sekat kemasukan sembilan PATI di Biawak, Lundu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menyekat kemasukan sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia di Biawak, Lundu hari ini.

Markas 1 Divisyen dalam satu kenyataan memberitahu pasukan Sub Unit Formasi Divisyen Pertama Infantri bersama anggota Tentera Negara Indonesia-Angkatan Darat telah melaksanakan rondaan bersama di kawasan keselamatan Biawak pada jam 2.10 petang.

Menurutnya, mereka berjaya mengesan kesemua PATI yang sedang berjalan merentasi sempadan Malaysia dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota ronda tentera telah menahan dan membuat pemeriksaan terhadap sembilan orang PATI.

“Hasil siasatan mendapati kesemua PATI dalam perjalanan untuk bekerja di Malaysia,” maklum kenyataan itu.

Hasil penahanan dan pemeriksaan terhadap kesemua PATI dalam lingkungan umur 20 hingga 49 tahun tersebut mendapati tiada barang terlarang serta berbahaya dijumpai.

Anggaran nilai keseluruhan barangan yang diperiksa adalah berjumlah RM8,680 melibatkan wang tunai, telefon bimbit, beg dompet dan beg pakaian.

“Kesemua PATI telah di bawa ke sempadan negara untuk pengusiran.

“Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lundu bagi menentukan tindakan pengusiran dibuat dengan betul mengikut peraturan semasa,” kenyataan itu menyebut.

Kenyataan sama melaporkan bahawa sebanyak 12 kali pengusiran melibatkan seramai 71 orang PATI telah direkodkan bermula Januari hingga ke hari ini.

Justeru, TDM akan terus komited memperketatkan kawalan di persempadanan Malaysia-Indonesia bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara daripada sebarang bentuk pencerobohan PATI, kegiatan penyeludupan mahupun jenayah rentas sempadan.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya