ARTIKEL

Wan Esuriyanti Wan Ahmad (dua kiri) bersama Pengarah Teater ‘Najis Jadi Teman’ dan Pengasas Bersama Dapur Wayang, Razif Hashim (kanan), Pengurus Kanan KL Krashpad (Pusat Remaja) Yayasan Chow Kit, Pusenthi Maniam (kiri), dan selebriti, Atilia Haron (dua kanan) ketika sidang media pelancaran Teater ‘Najis Jadi Teman’ di IWK Eco Park, hari ini.

Teater amal ‘Najis Jadi Teman’ pada 22 Jun sempena tiga dekad penubuhan Indah Water Konsortium

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Bersempena dengan tiga dekad ulang tahun penubuhan syarikat pembetungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd akan mempersembahkan sebuah teater amal bertajuk ‘Najis Jadi Teman’ yang akan dipentaskan pada 22 Jun depan.

Pementasan teater tersebut menjanjikan pengalaman yang pasti membuka minda orang ramai tentang kerja-kerja kotor, sukar dan berbahaya melibatkan kumbahan yang sering dilupakan.

Teater amal berdurasi satu jam itu diarahkan oleh pelakon berpengalaman, Razif Hashim, menampilkan pelakon dan penyanyi, Atilia Haron, bersama-sama Alfred Loh serta Phraveen Arikiah sebagai pelakon utama, dibantu oleh beberapa orang kanak-kanak dari badan bukan kerajaan Yayasan Chow Kit di sini.

Ketua Komunikasi Korporat IWK, Wan Esuriyanti Wan Ahmad, berkata syarikat itu tampil dengan pendekatan unik, iaitu “bercerita”, bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan rawatan kumbahan, selain mengetengahkan kepentingan IWK dalam industri pembetungan.

“IWK sentiasa menggunakan pelbagai pendekatan dalam mendidik dan meningkatkan kesedaran tentang betapa pentingnya rawatan kumbahan dalam kehidupan seharian.

“Jadi, pihak syarikat berasakan teater adalah satu platform kreatif yang boleh dipelopori dalam menyampaikan naratif kami dengan cara menghiburkan,” katanya pada sidang media di sini.

Mengulas lanjut, Wan Esuriyanti berkata tajuk teater tersebut diilhamkan daripada sebuah sajak ringkas yang ditulisnya semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menghargai pengorbanan pasukan operasi syarikat itu yang bertugas sepanjang tempoh berkenaan.

“Saya tersentuh hati apabila melihat rakan-rakan saya, terutamanya pasukan operasi yang 24 jam berada di lapangan termasuk di loji kumbahan, di kala semua orang sedang ‘berkurung’ di rumah.

“Tambahan pula mereka perlu memakai peralatan perlindungan diri (PPE).

“Jadi tajuk ini merupakan gambaran terbaik untuk menjelaskan kepada orang ramai mengenai realiti sebenar kerja yang kami lakukan di sini, sekali gus diharap menyuntik kesedaran kepada yang menontonnya nanti,” katanya.

Sementara itu, Razif berkata penceritaan teater tersebut akan membawa penonton menelusuri sejarah loji pembetungan negara, fungsinya dan cerita-cerita di sebalik tabir yang tidak pernah didengari.

“Penonton akan turut dihiburkan dengan tarian, lagu-lagu menarik selain terdapat aktiviti interaktif, dan aksi unik yang akan dipersembahkan,” katanya lagi.

Orang ramai boleh membuat pembelian tiket teater amal tersebut yang berharga RM100 bermula 20 Mei ini melalui tempahan di platform Cloud Joi, dan hasil keseluruhan jualan tiket akan disumbangkan kepada Yayasan Chow Kit. – BERNAMA

BERITA LAIN

Malaysia kekal pertahan hak Palestin – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi pendirian bahawa Malaysia kekal mempertahankan hak rakyat Palestin. Beliau berkata pendirian itu turut dinyatakan

Juruteknik mengaku tidak bersalah pukul isteri

PORT DICKSON: Seorang juruteknik yang rakaman video perbuatan dia memukul isterinya menjadi tular di media sosial bulan lepas, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari

Pelakon veteran, Kamal Bakar meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Kamaruldzaman Bakar atau lebih dikenali Kamal Bakar meninggal dunia di Hospital Melaka awal pagi ini. Pemergian pelakon itu pada usia 62

BERITA TERBARU