Trending

Teater pentas cerminan budaya

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BANGSAWAN merujuk kepada pementasan teater tradisional dengan gaya bahasa, cara percakapan serta tingkah laku digayakan berbeza daripada teater moden yang lebih berbentuk kepada realisme.

Teater ini pertunjukan komedi yang menggabungkan muzik, drama dan tarian serta mengangkat kisah yang berlatarkan lingkungan istana.

Cerita yang sering diangkat ialah kisah tentang Hang Tuah Lima Bersaudara, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dan Laksamana Bintan.

Menurut sejarah, teater ini dikembangkan oleh masyarakat Parsi yang berhijrah ke India kerana pertentangan ideologi di tanah air mereka. 

Teater ini lalu berkembang di Pulau Pinang dan tersebar pula melalui Selat Melaka ke pulau di bahagian selatannya seperti Riau, Bengkulu, Sumatera Selatan, dan Kalimantan Selatan, tetapi teater ini lebih lekat dengan kebudayaan Kepulauan Riau.

Kemasyhuran seni pementasan ini memuncak abad ke-19 dan 20 sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua.

Rombongan bangsawan yang menjelajah ke kampungkampung dan bandar-bandar menjadi bentuk hiburan yang utama dan paling ditunggu dalam kalangan masyarakat Melayu setempat. 

Di Lingga, Riau pula, pertunjukan bangsawan begitu diminati sehingga sekitar 1960- an hingga 1970-an.

Hanya beberapa rombongan yang masih wujud di Indonesia, manakala kelompok yang sama sukar dicari di Malaysia.

Terdapat juga rombongan bangsawan yang masih beroperasi di Singapura.

Terdahulu, Pengarah Bangsawan, Zakarian Manan berkata, masih banyak yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan dan pemain sektor berkenaan bagi menjadikan seni persembahan tersebut setaraf pementasan luar negara.

Menurutnya, teater bangsawan luar negara meletakkan sektor pelancongan sebagai teras kepada pemantapan industri teater mereka.

“Kekuatan yang ada pada teater Broadway contohnya melihat kepada sumber yang benar-benar dapat menghidupkan teater itu sendiri iaitu pelancongan.

“Maka itulah titik permulaan dalam menjadikan teater, bangsawan dan seni persembahan berbentuk lakonan di Sarawak untuk dijadikan sebagai produk

“Pelancong yang datang ingin mengetahui apakah yang menarik di sini, selain tarian tradisionalnya, pementasan teater yang mengisahkan cerita rakyat juga menjadi satu tarikan,” katanya.

Bangsawan Bujang Jaoh Putera Kejora arahannya mengisahkan kesulitan yang dialami Raja Panji Reso yang menyambut kelahiran anak sulungnya yang cacat akibat disumpah sang nenek kebayan. 

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Malam Kesenian Islam

Malam Kesenian Islam pada tahun ini membuka tirainya dengan acara

IPG BERSELAWAT

INSTITUT Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPGKBL) mengadakan Program Majlis

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru