Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Teater Tari Kembara Datu Marapati Raja Negeri Santubong ditayangkan 22 Julai ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Abdul Wahab (kiri) dan Sanib (kanan) ketika sidang media Tayangan Teater Tari Kembara Datu Marapati Raja Negeri Santubong di Pejabat AKYBMS

KUCHING: Teater Tari Kembara Datu Marapati Raja Negeri Santubong akan ditayangkan pada 22 Julai ini, jam 8 malam di aplikasi Youtube.

Pengerusi Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) Datuk Abdul Wahab Aziz berkata, ia merupakan usaha untuk memelihara serta menghidupkan semula seni persembahan pentas Melayu Sarawak.

“Di samping, menyemai minat dan kebanggaan terhadap generasi muda tentang seni budaya kita yang unggul, sekali gus menonjolkan identiti dan jati diri Melayu Sarawak dalam kalangan masyarakat.

“Selain mampu mengeratkan serta mengukuhkan hubungan dalam kalangan masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Sidang Media Tayangan Teater Tari Kembara Datu Marapati Raja Negeri Santubong di Pejabat AKYBMS, di sini, hari ini.

Secara ringkas, teater tersebut akan memaparkan elemen kebudayaan Melayu Sarawak seperti aspek ketamadunan, puisi tradisional, seni tarian, kepahlawanan atau silat serta tradisi Melayu Islam Beraja.

Abdul Wahab (kiri) dan Sanib (kanan) ketika sidang media Tayangan Teater Tari Kembara Datu Marapati Raja Negeri Santubong di Pejabat AKYBMS

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News