ARTIKEL

Tebingan Engkilili dijangka lonjak ekonomi setempat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pembinaan Tebingan Engkilili dijangka mampu menjadi tarikan baharu pengunjung di kawasan berkenaan.

Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi berkata ia antara usaha untuk meningkatkan sosioekonomi di Engkilili dengan mewujudkan tarikan baharu yang secara tidak langsung menyumbang kepada sektor pelancongan dan ekonomi tempatan.

Menurut beliau, cadangan itu sudah dibincangkan dengan Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa kunjungan kehormat di pejabatnya baru-baru ini.

“Saya berharap cadangan berkenaan dapat direalisasikan bagi memanfaatkan ekonomi penduduk setempat.

“Cadangan pembinaan tebingan ini bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi, malah menjadi tarikan baharu pelancong dari dalam, mahupun luar negara ke Engkilili,” katanya.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Uggah atas keprihatinan beliau yang terus membangunkan kawasan Engkilili.

BERITA LAIN

HONOR perkenal empat peranti terbaharu

KUCHING: HONOR Malaysia bakal memperkenalkan empat peranti terbaharunya, termasuk jam tangan pintar kesihatan sempena acara MAGICal Ria Raya pada 22 April ini. Barisan peranti itu

BERITA TERBARU

Simunjan deka disikap ngena palan komersial

SIMUNJAN: Projek pemansang komersial ba sitak Simunjan bisi pengulih nyungkak ekonomi peranak lokal kelebih agi bala pedagang mit. Projek nya mungkur pengawa ngaga medan selera,

Kenangan raya terkurung, terkejut

JIKA ditanya mengenai tempoh paling menyeronokkan menyambut Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti kebanyakan kita akan memilih zaman kanak-kanak. Apa tidaknya, ketika itu kita tidak perlu