Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

Tebingan Kuching bergelap seketika sambut Earth Hour

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Datuk Bandar Kuching Utara Datuk Junaidi Reduan melakukan simbolik penutupan lampu sempena Earth Hour. Turut kelihatan Pengarah DBKU Mohamed Khaidir Abang (kiri).

KUCHING: Kota utama di seluruh dunia bergelap seketika pada malam tadi untuk menyambut acara tahunan iaitu Earth Hour.

Di Sarawak, Tebingan Kuching juga tidak terkecuali menyertai sambutan tersebut dengan menutup lampu selama satu jam. 

Sambutan tersebut dianjurkan oleh Dewan Bandara Kuching Utara (DBKU) di Godown Amphitheatre. 

Simbolik pelancaran disempurnakan oleh Datuk Bandar Kuching Utara Datuk Junaidi Reduan dan turut dihadiri oleh Pengarah DBKU Mohamed Khaidir Abang.

Lampu dipadam tepat pada jam 8.30 malam hingga 9.30 malam itu bertujuan menyahut saranan supaya sayangkan bumi dan menjimatkan tenaga.

Di samping, memberi kesedaran kepada orang ramai supaya mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan mengambil langkah-langkah positif untuk menangani masalah perubahan iklim di Bandar Kuching.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 Jun 2023

Berita Terbaru