ARTIKEL

Teknik belajar berkesan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERAMAI 27 pelajar menyertai program ‘Teknik Belajar Berkesan’ anjuran Jawatankuasa Masyarakat Ikram Kuching pada Sabtu lepas.

Kesemua peserta terdiri daripada pelajar Tingkatan Tiga, Empat dan Lima dari Sekolah Menengah Islam Al-Amin Kuching, Sekolah Menengah Agama Rakyat Al-Madrasah Al-Islamiah, SMK Sri Matang dan SMK Semerah Padi.

Penceramah bagi program ini ialah Halimah Abdul dari Kuching.

Beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar di sebuah sekolah swasta di Kuching dan pensyarah separuh masa di beberapa universiti awam dan swasta.

Beliau menyampaikan pengisian berdasarkan buku penulisannya bertajuk ‘1001 Rahsia Inspirasi Minda’.

Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar dengan teknik belajar berkesan.

Dengan pendedahan ini, minat untuk belajar dapat diwujudkan dalam diri pelajar.

Salah satu kaedah yang dikongsikan adalah dengan mengenal pasti sikap dan sifat pelajar ketika belajar.

Para pelajar sangat gembira dan merasakan sesi kali ini sangat bermanfaat buat mereka.

Mereka meminta agar sesi kedua dilaksanakan lagi bagi membolehkan mereka untuk memahami teknik belajar dengan lebih mendalam pada masa akan datang.

Bagi sesiapa yang berminat untuk memiliki buku penulisan Halimah, bolehlah menghubungi penulis di talian 013-826 3515.

BERITA LAIN

Cabaran REMAJA

PEJABAT Pendidikan Daerah Mukah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Three Rivers menganjurkan Program Motivasi Pelajar di Dewan Tom Bazeley, baru-baru ini. Program ini menghimpunkan seramai 145

SIMULASI HAJI CILIK

Kurikulum kebangsaan Malaysia menggariskan pelajar Islam perlu didedahkan dengan teori umrah dan haji. Pembelajaran teori ini juga harus disokong pembelajaran praktikal agar lebih berkesan. Justeru,

BERITA TERBARU