ARTIKEL

Teknologi AI bantu siapkan lagu terakhir John Lennon

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LONDON: Penyanyi Beatles, Paul McCartney menggambarkan teknologi AI atau kepintaran buatan sebagai menakutkan, tetapi menarik. 

McCartney pada pertengahan Jun lepas memberitahu BBC teknologi AI digunakan untuk mengekstrak suara John Lennon daripada demo lama untuk mencipta lagu terakhir The Beatles.

AI digunakan untuk memisahkan suara Beatles daripada bunyi latar semasa penggambaran siri dokumentari 2021 arahan Peter Jackson, “The Beatles: Get Back.” 

Lagu baharu menggunakan bantuan AI itu dirancang terbit  akhir tahun ini. 

“Jackson dapat mengeluarkan suara John daripada kaset dan piano,” kata McCartney kepada radio BBC. 

Jackson memisahkannya dengan AI, dengan memberitahu mesin, yang mana vokal, yang mana bunyi gitar, kemudian mengarahkan AI mengeluarkan bunyi gitar itu. 

Media menjangka lagu diekstrak AI itu kemungkinan besar lagu cinta 1978 ciptaan Lennon yang belum selesai bertajuk “Now And Then”. 

Demo itu disertakan pada kaset berlabel “Untuk Paul” yang diterima oleh McCartney daripada balu Lennon, Yoko Ono. 

Teknologi yang sama pernah digunakan untuk membolehkan McCartney berduet secara maya dengan Lennon pada konsert “I’ve Got a Feeling” tahun lepas di Festival Glastonbury.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP