ARTIKEL

Abang Johari ketika berucap pada Majlis Perasmian Pameran Halal Antarabangsa Borneo (BIHAS) 2026 di sini, hari ini. |Foto: Ramidi Subari

Teknologi Moden Pacu Produk Halal Ke Pasaran Global, Atasi Cabaran Keselamatan Makanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Produk halal berpotensi menembusi pasaran global kerana bukan sahaja memenuhi keperluan pengguna Islam, malah turut diterima dalam pasaran bukan halal, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata produk halal yang berkualiti dan dibangunkan menerusi teknologi moden mampu menjadi penyelesaian kepada cabaran keselamatan makanan yang semakin meruncing akibat perubahan iklim.

Abang Johari (empat dari kanan) menerima buku Sarawak Halal Industry Development Plan 2026-2030 pada Majlis Perasmian Pameran Halal Antarabangsa Borneo (BIHAS) 2026 di sini, hari ini. |Foto: Ramidi Subari

“Apabila kita bercakap berkaitan keselamatan makanan, kita perlu memahami proses pengeluaran dan teknologi yang terlibat. Jika ia halal, sudah tentu ia diterima pasaran halal.

“Namun, jika ia merupakan produk strategik, ia juga akan diterima pasaran bukan halal kerana matlamat utama ialah memastikan bekalan makanan yang mencukupi untuk kelangsungan hidup manusia,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pameran Halal Antarabangsa Borneo (BIHAS) 2026 di sini, hari ini.

Abang Johari berkata perubahan iklim yang didorong peningkatan pelepasan karbon memberi kesan langsung kepada keselamatan makanan dan kesihatan, sekali gus menuntut penyelesaian baharu menerusi penyelidikan serta inovasi.

Sebagai contoh, beliau berkata Sarawak kini menjalankan projek perintis penanaman padi ‘perennial’ di Kuala Baram, Miri yang hanya perlu ditanam sekali tetapi mampu mengeluarkan hasil sehingga lima tahun.

Katanya, varieti padi itu mengambil masa kira-kira lapan minggu untuk matang dan menghasilkan beras yang mempunyai ciri hampir menyerupai beras basmati serta kandungan kanji yang lebih rendah, sekali gus sesuai untuk penghidap diabetes.

“Selepas dituai, pokok padi itu akan terus mengeluarkan hasil tanpa perlu ditanam semula. Jika berjaya dikembangkan, ia mampu meningkatkan pengeluaran beras secara lebih mampan,” ujarnya.

Beliau berkata hasil kajian saintifik turut mendapati kawasan Daro dan Mukah mempunyai jenis tanah yang sesuai untuk penanaman padi berkenaan.

Jelasnya, kejayaan teknologi itu bukan sahaja berpotensi meningkatkan pengeluaran beras sebagai makanan ruji penduduk Asia, malah dapat membuka pasaran yang lebih luas kepada produk beras berkualiti tinggi.

“Jika kita berjaya menghasilkan kejayaan ini, produknya bukan sahaja mempunyai pasaran halal tetapi juga pasaran bukan halal. Sebab itu teknologi amat penting,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Abang Johari menggesa saintis, ahli akademik dan pemain industri memperkukuh kerjasama dalam meneroka teknologi baharu bagi menangani cabaran keselamatan makanan.

BERITA LAIN

Anak Sarawak sumbang Rolls-Royce antik kepada Muzium

KUCHING: Seorang anak Sarawak berhasrat menyumbangkan kereta Rolls-Royce antik miliknya kepada Muzium Sarawak bagi membantu memelihara warisan sejarah dan kebudayaan negeri ini. Cadangan itu bertujuan

BERITA TERBARU

Samarahan tidak rela berputih mata

BINTULU: Skuad Samarahan bersedia mengharungi baki 90 minit aksi separuh akhir kedua menentang Bintulu di Stadium Bintulu, petang esok. Pasukan itu membawa bekalan kelebihan tiga