ARTIKEL

Teknologi permanian berhadas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PERMANIAN berhadas merupakan kaedah popular dalam kalangan penternak khususnya untuk pembiakan lembu dan kambing berkualiti.

Teknologi ini diaplikasikan di seluruh negara kerana kelebihannya dalam dunia penternakan, namun kaedah pengumpulan dan pemilihan benih perlu dilakukan.

Lazimnya, ia melibatkan baka lembu elit, seperti Limousin.

Sesuai dengan namanya, baka ini memiliki saiz tubuh besar, tinggi dan panjang berbanding baka lembu biasa.

Dari segi istilah, permanian berhadas ialah perbuatan memasukkan benih jantan atau semen baka elit ke dalam saluran pembiakan lembu betina secara manual tanpa pengawanan semula jadi.

Malah pemilihan jantan elit bagi proses pengumpulan dan pemilihan semen sangat penting kerana ia perlu mempunyai sperma berkualiti dan mampu menghasilkan bilangan anak yang banyak.

Justeru, ia mempunyai ciri-ciri yang memberi pulangan ekonomi dari segi berat badan, kualiti daging serta susu terbaik.

Tanpa teknologi pengumpulan semen dan kecerdasan buatan (AI), lembu elit hanya mampu “dikahwinkan” dengan seekor betina pada satu-satu masa.

Kini, lembu jantan elit boleh dikahwinkan dengan sekurang-kurangnya 100 ekor betina.

Baca lain  Generasi cinta al-Quran

Hal ini kerana seekor jantan boleh menghasilkan lebih kurang 5-10 mililiter semen dalam satu ejakulasi — semen ini dicampurkan dengan medium yang dinamakan extender.

SEMEN BERKUALITI

Extender merupakan medium atau cecair yang bertindak sebagai pemanjang hayat semen jantan sebelum disenyawakan.

Ia terdiri daripada pelbagai komposisi seperti sukrosa untuk penambah tenaga kepada sperma, penicillin bagi mencegah bakteria dan fungi, telur kuning dan antioksida untuk melindungi spermatozoa selama proses pembekuan dan pencairan.

Komposisi extender membolehkan semen jantan disimpan pada suhu bilik, di dalam peti sejuk 4 darjah Celsius dan cecair nitrogen, -196 Celsius.

Terdapat pelbagai variasi bagi extender khususnya lembu yang dijual secara komersial seperti Bioxcell dan AndroMed.

PEMILIHAN SEMEN

Pemilihan lembu elit daripada baka Limousin dilakukan dengan memilih lembu yang sihat dan matang secara seksual.

Lazimnya, proses pengumpulan semen dilakukan menggunakan vagina tiruan dengan bantuan betina atau kaedah automatik elektroejakulasi (EE).

Kaedah vagina tiruan memerlukan pekerja terlatih yang mahir dalam memastikan zakar jantan dimasukkan ke dalam alat tersebut ketika ejakulasi, namun lembu jantan perlu jinak dan mudah dikawal.

Baca lain  Chen Nie Bunyau suri rumah pelbagai kemahiran

Bagi kaedah EE, ia boleh dilakukan pada lembu jantan yang besar dan ganas, bagaimanapun, ia memerlukan individu terlatih dengan pengendalian mesin EE.

Bagi kaedah vagina tiruan, lembu betina diikat dan lembu jantan dibenarkan untuk memanjat si betina tersebut.

Apabila jantan memberi respons, vagina tiruan bersedia untuk mengumpul air mani ketika ejakulasi.

Kaedah EE pula mengunakan kejutan elektrik 6V secara denyutan — lembu jantan bertindak balas dengan rangsangan elektrik dan melakukan ejakulasi air mani atau semen.

Tabung uji tertebat bersaiz 15ml digunakan sebagai bekas pengumpulan semen dan direndam dalam air bersuhu 38 darjah Celsius sebelum semen dianalisis.

Antara kualiti semen yang dipilih dan disimpan perlu mempunyai isi padu 5 hingga 10ml, berwarna kelabu asap dan berkepekatan 90 peratus sperma.

Selepas analisis semen, semen kemudian disimpan ke dalam cecair nitrogen tetapi cara penyimpanan bergantung kepada komposisi extender.

Proses penyimpanan ini memerlukan lapan jam bagi membolehkan semen disejuk kan secara perlahan daripada suhu bilik kepada suhu cecair nitrogen iaitu -196 darjah Celsius.

Baca lain  Muzik pelbagai etnik

Semen yang dikrioawet di dalam cecair nitrogen ini boleh bertahan lebih 20 tahun.

TEKNOLOGI BAHARU

Teknologi pengumpulan dan pemilihan semen daripada jantan elit ini merupakan teknologi yang perlu dikaji dari semasa ke semasa bagi memperbaiki kaedah pembiakbakaan haiwan.

Penggunaan extender ternyata mampu digunakan bagi tujuan bank sperma — semen berkualiti ini mampu digunakan dengan meluas pada kadar yang mampu untuk penternak.

Selain itu, semen berkualiti ini juga boleh disimpan selama bertahun-tahun tanpa menjejaskan kualiti semen.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Erat hubungan bersama komuniti

KEMERIAHAN sambutan Aidilfitri masih dirasai sempena Program Jiwa Madani bersama-sama Komuniti anjuran Ikmas di Dataran Ikmas, baru-baru ini. Program dihadiri tetamu jemputan khas iaitu Pengarah

TAUTAN KASIH MADANI AGENSI ISLAM

IKMAS baru-baru ini mengadakan Program Tautan Kasih Madani sempena Majlis Ramahtamah Agensi Islam Sarawak di Dewan Kompleks Islam Sarawak. Majlis diraikan dengan penuh kemeriahan dan

Perkasa komuniti celik digital

SETIAP tahun, 17 Mei dijadikan sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia yang diraikan bagi mengiktiraf peranan penting teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam membentuk

Anak cerminan ibu bapa

IBU bapa merupakan pendidik pertama anak. Segala tingkah laku anak sering dikaitkan dengan cara ibu bapa membesarkan mereka. Dalam konteks ini, anak mudah belajar dengan

Guru didik anak bangsa berjaya

SAMBUTAN Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2024 bertemakan “Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI” diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC), Kuantan, Pahang, 14

Banyak program khas

MELIHAT kejayaan pelaksanaan program belia dalam suku pertama tahun ini, Ikram Kawasan Bintulu membuat perancangan untuk meluaskan program khas buat belia. Menggunakan landskap yang digemari

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Eksport produk kayu menurun

KUCHING: Prestasi nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan penurunan sebanyak sembilan peratus dengan sebanyak RM682 juta berbanding RM752 juta untuk tempoh sama tahun lalu. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali