ARTIKEL

Fahmi (berdiri tiga kiri) menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian antara SDEC dengan pengendali rangkaian mudah alih (MNO) iaitu CelcomDigi Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd, U Mobile Sdn Bhd dan YTL Communications Sdn Bhd. - Foto: Ghazali Bujang

Teknologi satelit komunikasi bakal jadi alternatif dalam penyediaan khidmat komunikasi tanpa menara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Teknologi satelit komunikasi akan menjadi alternatif dalam menyediakan perkhidmatan komunikasi pada masa hadapan.

Menterinya, Fahmi Fadzil, berkata ia merupakan suatu teknologi baharu yang menarik, dan sekiranya ia dapat dikomersial dan digunakan, ia membolehkan sesuatu kawasan itu dihubung dengan jaringan komunikasi tanpa perlu membina menara.

“Dengan kemunculan teknologi yang jualan secara terus atau terus kepada peranti, kita jangkakan dalam masa dua tahun akan terdapat beberapa syarikat yang ingin menyediakan perkhidmatan Internet satelit ini.

“Sekiranya kita dapat komersialkan dan dapat menggunakannya, insya-Allah akan ada kawasan tidak perlu diletakkan menara,” katanya ketika berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian 600 Menara Pintar Multi Operator Core Network (MOCN) di Hikmah Exchange di sini, semalam.

Majlis turut dihadiri Menteri Utiliti dan Komunikasi, Datuk Seri Julaihi Narawi, mewakili Premier Sarawak, Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi, Datuk Liwan Lagang, dan Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Sementara itu pada sidang media, Fahmi berkata, dengan adanya teknologi satelit seperti Starlink, ia boleh dimanfaatkan dan mula digunakan di menara telekomunikasi.

“Dengan adanya teknologi baharu yang muncul, kita tidak perlu bergantung harap kepada pemasangan kabel gentian optik kerana masalah izin lalu.

“Saya percaya tidak mustahil kita dapat usahakan dengan segera tetapi memerlukan fleksibiliti dari segi perancangan dan mengguna pakai teknologi yang baharu muncul,” katanya.

Selain penggunaan satelit Internet, kata Fahmi, penggunaan ‘Free Space Optical Communication’ turut dimanfaatkan oleh pihak Telekom Malaysia bagi meningkatkan perhubungan telekomunikasi.

Katanya, penggunaan teknologi ini tidak memerlukan pemasangan gentian optik dan boleh memancarkan data pada kelajuan tinggi dalam radius dua kilometer.

BERITA LAIN

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan

Perlindungan kanak-kanak diperketat

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memperketatkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Nancy

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan