ARTIKEL

Keempat-empat tertuduh berada di pekarangan Mahkamah Kuching di sini, hari ini.

Tekong kapal, tiga krew didakwa ceroboh perairan Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang tekong kapal warga Indonesia dijatuhi hukuman denda RM1 juta atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas kesalahan menceroboh perairan negara, 8 Mac lepas.

Hamsu Rajukin, 30, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Afidah Abdul Rahman.

Mengikut pertuduhan, dia bersama tiga kru kapalnya gagal memaklumkan kepada pegawai berkuasa melalui radio, teleks atau faksimili sama ada dalam bahasa Melayu atau Inggeris tentang nama, bendera, lokasi, jumlah ikan yang dibawa, jalan dan destinasi serta keadaan bot yang memasuki perairan Malaysia.

Mereka melakukan kesalahan itu di 52.6 batu nautika dari Tanjung Sirik, Sarawak yang merupakan kawasan perikanan Malaysia, kira-kira jam 4.20 pagi, 8 Mac lepas.

Oleh itu, dia dan tiga kru kapal didakwa mengikut Subseksyen 16(3) Akta Perikanan 1985 dibacakan bersama Subseksyen 24 Akta yang sama dan boleh dihukum di bawah Perenggan 25(a) Akta Perikanan 1985.

Sementara itu, Afidah menjatuhkan hukuman denda RM100,000 atau penjara enam bulan terhadap tiga kru kapal iaitu Firdaus, 39, Hendrik, 31, dan Redo, 43, atas kesalahan yang sama.

Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian, sepasukan Penguatkuasa Maritim menjalankan operasi Ops Raja Laut 2 dan Ops Khas Naga Timur melihat sebuah bot mencurigakan memasuki perairan Malaysia lalu menghampiri kapal berkenaan.

kemudian, bot tersebut lalu ditahan dan diiringi ke jeti APMM Kuching untuk siasatan lanjut dan laporan polis dilakukan berkaitan penangkapan terbabit.

Barang-barang turut dirampas seperti sebuah bot, seunit GPS, seunit panel solar, sebuah enjin bot, sebuah kompas, sebuah radio VHF, empat unit bateri, minyak diesel (250 liter), dan ikan sekitar 150 kilogram.

Hasil siasatan berdasarkan laporan Jabatan Perikanan Malaysia mengesahkan bot menangkap ikan itu tiada dalam rekod dalam Kapal Perikanan Malaysia selain gagal memberitahu mana-mana pegawai yang diberikan kuasa mengenai kemasukan ke perairan Malaysia.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Azham Marwan manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti