Banjir kilat di sekitar Bandar Raya Kuching

Tekong Vietnam didenda RM600,000 ceroboh perairan negara

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Kesemua tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen hari ini.

KUCHING: Seorang tekong kapal nelayan Vietnam dijatuhi hukuman denda RM600,000 atau penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas kesalahan menceroboh perairan negara dan melakukan aktiviti penangkapan ikan.

Tertuduh Nguyen Van Hanh, 40, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan oleh seorang jurubahasa di hadapan Hakim Jason Juga.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang merupakan warga Vietnam gagal memaklumkan kepada pegawai berkuasa Maritim melalui radio, teleks, atau faksimili menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris tentang nama, bendera, lokasi, jalan, destinasi, jumlah ikan yang dibawa dan keadaan kapal berkenaan ketika memasuki perairan Malaysia.

Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di Seksyen 16 (1) Akta Perikanan 1985 apabila ditangkap berada di perairan Malaysia pada jarak 252.0 batu nautika dari Tanjung Po, Sarawak, sekitar jam 7.14 pagi, 23 Ogos lalu.

Selain itu, 15 orang kru kapal yang lain masing-masing dijatuhi hukuman denda RM100,000 atau tiga bulan penjara atas kesalahan menangkap ikan dalam perairan perikanan Malaysia.

Tertuduh menunggu untuk perbicaraan.

Kesemua tertuduh yang berusia 19 tahun hingga 43 tahun didakwa mengikut Seksyen 16 (3) Akta Perikanan 1985 dibaca bersama Seksyen 24 Akta yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25 (a) Akta Perikanan 1985.

Jika disabit bersalah, boleh didenda maksimum RM6 juta bagi pemilik atau ketua, dan RM600,000 untuk kru kapal.

Berdasarkan fakta kes, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah membuat operasi pemantauan di bawah Op Kuda laut pada 23 Ogos lepas.

Hasil rondaan mendapati sebuah kapal nelayan asing yang mencurigakan berada di perairan perikanan Malaysia pada jarak 184.6 batu nautika dari Tanjung Sirik dan 252.0 batu nautika dari Tanjung Po sekitar jam 7.14 pagi.

Kemudian, pihak Maritim menahan dan membawa 16 kru kapal termasuk tekong yang dipercayai warganegara Vietnam ke Jeti APMM Kuching untuk siasatan lanjut.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Maritim Danial Ilham Kamaruddin manakala kesemua tertuduh diwakili Peguam Darren Ling.

E-Paper

19 Mac 2023

Latest News