ARTIKEL

Nelayan asing: kedua-dua tertuduh dibawa keluar oleh anggota Maritim dari Mahkamah Sesyen hari ini.

Tekong Vietnam dijatuhkan hukuman, ceroboh perairan Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang tekong kapal warga Vietnam dijatuhi hukuman denda RM1 juta atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas kesalahan menceroboh perairan negara, 4 Februari lalu

Pham Thuc Sinh,55, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Afidah Abdul Rahman.

Mengikut pertuduhan, dia bersama seorang 10 kru kapalnya gagal memaklumkan kepada pegawai berkuasa melalui radio, teleks atau faksimili sama ada dalam bahasa Melayu atau Inggeris tentang nama, bendera, lokasi, jumlah ikan yang dibawa, jalan dan destinasi serta keadaan bot yang memasuki perairan Malaysia.

Mereka melakukan kesalahan itu di 210.7 batu nautika dari Tanjung Sirik, Sarawak yang merupakan kawasan perikanan Malaysia, kira-kira jam 11.15 pagi, 4 Februari lepas.

Oleh itu, dia dan kru kapal didakwa mengikut Subseksyen 16(3) Akta Perikanan 1985 dibacakan bersama Subseksyen 24 Akta yang sama dan boleh dihukum di bawah Perenggan 25(a) Akta Perikanan 1985.

Sementara itu, Afidah menjatuhkan hukuman denda RM200,000 atau penjara tiga bulan masing-masing kepada semua kru kapal bernama yang berusia 26 tahun hingga 50 tahun.

Berdasarkan fakta kes, pada 4 Februari lepas, sepasukan Penguatkuasa Maritim menjalankan operasi Ops Raja Laut, Ops Khas Naga Timur dan Ops Permai mendapati sebuah bot mencurigakan memasuki perairan Malaysia lalu mendekati kapal berkenaan.

Kesemua bot terbabit lalu ditahan dan diiringi ke jeti APMM Kuching untuk siasatan lanjut dan laporan polis dilakukan berkaitan penangkapan terbabit.

Beberapa barang turut dirampas seperti sebuah bot asing dengan pendaftaran nombor dari Vietnam , dua unit GPS, dua buah radio, sebuah enjin monitor, sebuah enjin utama, tangki minyak, seunit pukat tunda dan hasil tangkapan ikan pelbagai jenis seberat 500 kilogram.

Hasil siasatan berdasarkan laporan Jabatan Perikanan Malaysia mengesahkan bot menangkap ikan itu tiada dalam rekod dalam Kapal Perikanan Malaysia selain gagal memberitahu mana-mana pegawai yang diberikan kuasa mengenai kemasukan ke perairan Malaysia.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Azham Marwan manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Adin Linton.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

BERITA TERBARU