ARTIKEL

Telai Pengerindu Ratu Borneo KIMI TOMAS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

»SELEPAS dinobatkan sebagai pemenang Mrs Global Asian 2023, Kimi terus mengorak langkah berani mempromosikan identiti Borneonya Iban dengan pelancaran single Iban pertama berjudul Telai Pengerindu (Bisikan Cinta).

“Saya menitikberatkan bunyi sape dalam lagu yang digubah oleh Tam Cobain – komposer terkenal di Malaysia yang bekerjasama dengan penyanyi terkenal Siti Nurhaliza dan Alif Satar

. “Manakala, Lirik lagu Iban dicipta oleh Jonez Mackean dan pengedarnya Kaban Music Production.

“Saya mahu meneruskan legasi muzik tradisional kita (Sape).

“Saya berharap supaya muzik tradisional dalam kalangan generasi muda dan berharap muzik Borneo dan bahasa Iban didengar di peringkat antarabangsa,” ujarnya kepada Suara Sarawak.

Menurut Kimi, bunyi sape itu sendiri sangat unik dan luar biasa.

Reka bentuk sape adalah keunikan yang terdapat di Sabah dan Sarawak.

Kimi akui gembira dengan pelancaran Telai Pengerindu di YouTube dan semua saluran digital ig Spotify, muzik YT, iTunes, KKbox, dan stesen radio ig Catsfm dan RTM seperti waifm.

Selain itu lagu Telai Pengerindu boleh ditonton di Youtube Kaban Music Production juga.

Bukan sahaja Iban atau Dayak boleh menyanyikan lagu ini, malah mereka berbangsa Melayu, Cina dan India dari Semenanjung Malaysia pun tahu maksud lagu itu dan ada yang mula jatuh cinta dengan sape.

Malah, Kimi percaya lagu mampu menjadi platform menyatukan pelbagai kaum dan bangsa dari latar belakang dan budaya berbeza yang menjadi salah satu daripada advokasinya.

“Saya juga berharap orang ramai menghargai muzik tradisional Borneo dan paling penting sentiasa menghidupkannya agar tidak lekang dek zaman,” jelasnya. 

Bercakap tentang tatu puaknya, Kimi bangga dengan budaya Iban yang dimilikinya. Kerana identiti itulah yang menjadikan dirinya unik sebagai wanita Iban. 

“Tatu Dayak bukan sekadar reka bentuk membanggakan sebagai tanda tradisi, ia juga sebahagian daripada budaya yang dilakukan turun-termurun sejak zaman nenek moyang. 

TRADISI

“Bagi saya, Sarawak mempunyai pelbagai budaya, tradisi dan pelbagai perayaan dari pelbagai suku kaum dan ini semua membentuk identiti unik Sarawak,” katanya. 

“Budaya dan tradisi ini membentuk nilai, kepercayaan dan aspirasi serta mentakrifkan rakyat Sarawak dan identiti mereka,” katanya kepada pemberita. 

Justeru, Kimi menegaskan kepentingan mengekalkan warisan budaya demi memasti-kan integriti rakyat kekal utuh.

“Kepada semua wanita di luar sana yang ingin mencuba pertandingan ratu cantik, serlahkanlah personaliti anda.

“Setiap kali anda berada di pentas, terutama jika anda perlu menjawab soalan, jadilah diri sendiri dan jawablah dari hati,” ujar Kimi. 

SOKONGAN

Pada masa yang sama, Kimi turut menasihati pemenang kekal merendah diri biarpun berjaya dalam pertandingan ratu cantik. 

“Jika anda menang dalam pertandingan ratu cantik, tahniah! Kekalkan sikap sopan santun, bersyukur dan rendah diri. Ini saat indah, tapi ingat juga insan yang kecewa yang belum menang pertandingan itu, beri mereka sokongan dan galakan.

“Kepada mereka yang belum menang, jangan putus asa kerana sentiasa ada platform pertandingan lain untuk anda sertai,” jelasnya. Kimi juga percaya, setiap kali ratu cantik melangkah keluar di pentas, mereka berkembang menjadi lebih baik dan lebih bersinar.

LAIN-LAIN BERITA

Dapur bersih idaman

DAPUR merupakan bahagian paling penting di dalam rumah terutamanya untuk ibu. Kawasan dapur boleh menjadi tidak selesa jika kita mengabaikan faktor kebersihan ketika memasak atau

Enam nilai bersama

Bagi merealisasikan visi itu, perubahan budaya kerja mesti dilakukan dengan mengubah sikap dan tingkah laku negatif serta membuang segala budaya kerja lama yang tidak lagi relevan.

Integriti mantap budaya kerja

PROGRAM PENGUKUHAN ORGANISASI menjadi platform terbaik dalam membentuk dan memantapkan semangat berpasukan. Pendekatan ini juga sebagai saluran bagi pihak pengurusan mengadakan perbincangan dua hala dan

Perkhemahan lasak bahasa Arab

LIMA puluh enam murid dari 17 sekolah di sekitar daerah Simunjan baru-baru ini menyertai Perkhemahan Bahasa Arab (Mukhayyam ‘Arabiy) Peringkat Negeri Sarawak Siri Satu selama

Rai kepelbagaian kaum di sekolah

SARAWAK terkenal dengan perpaduan dalam kepelbagaian kaum dan agama, yang menjadikannya unik di mata rakyat negeri lain. Disebabkan faktor kepelbagaian itu, tentunya pelbagai perayaan diraikan

Untuk apa berpersatuan penulis?

KATA Shahnon Ahmad dalam bukunya Weltanschauung Suatu Perjalanan Kreatif (DBP, 2008:340): Dalam perjalanan kreativiti selama ini, salah satu aspek yang sering tidak dapat dilupakan dan

BERITA TERBARU