ARTIKEL

Telefon pintar jadi beg tangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: HONOR semalam menampilkan telefon pintar lipat paling ringan dan nipis iaitu Magic V2 di pameran teknologi tahunan, IFA 2023.

Siri jenama itu turut mendedahkan satu konsep baharu iaitu HONOR V Purse, yang memberi nafas baharu kepada telefon pintar lipat untuk digayakan menjadi beg tangan moden, yang turut menawarkan kebebasan gaya dan ekspresi diri tanpa batas.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, George Zhao berkata telefon pintar lipat HONOR sudah menempuh perjalanan jauh dan setiap kali prosesnya menunjukkan kejayaan cemerlang dari segi rekaan, fungsi dan ketahanan.

“Bukan itu sahaja, konsep telefon yang direka seperti beg tangan turut direalisasikan melalui HONOR V Purse.

“Kami mempunyai penyelesaian mampan yang mempengaruhi kemunculan teknologi boleh lipat kepada memperkasa kreativiti dan membentuk gaya hidup masa depan,” katanya dalam satu kenyataan dalam ucaptamanya ‘Unfold Tomorrow’ di IFA 2023.

HONOR V Purse iaitu satu konsep ‘telefon jadi beg tangan’ menandakan permulaan baharu kepada peranti elektronik yang dikategorikan sebagai barangan fesyen pengguna dan menawarkan kebebasan penampilan diri.

Peranti ini mengubah telefon pintar lipat kepada gaya fesyen digital, dengan menampilkan ciri-ciri ‘Always-On-Display’ (AOD) yang diubah suai seakan-akan beg tangan, termasuk gaya rantai serta hiasannya yang beralun setiap kali telefon pintar itu diangkat.

Konsep ini juga dipadankan dengan pilihan tali beg dan rantai yang dipasang pada engsel telefon pintar, untuk disandang pada bahu, menjadikannya kelihatan seperti menggayakan beg tangan moden.

Direka dengan mampan, HONOR V Purse melambangkan komitmen HONOR terhadap alam sekitar.

“Dengan menampilkan bahan berasaskan alam sekitar seperti kulit vegan pada tali peranti ini, konsep AOD yang diubah suai tanpa batas dapat disesuaikan dengan sebarang busana.

“Memandangkn industri fesyen kini semakin terarah kepada dunia digital, teknologi membolehkan kebebasan gaya dan ekspresi diri ditonjolkan tanpa sempadan.

“Secara tidak langsung, teknologi baharu HONOR V Purse dapat membantu menggalakkan pengguna melestarikan alam sekitar dengan mengelak pembaziran ketika mengejar arus fesyen moden dan menggunakannya untuk jangka masa lama,” tambah kenyataan itu.

Seiring dengan kesungguhan jenama ini, HONOR turut bekerjasama dengan beberapa nama besar dalam industri fesyen HONOR Talents Global Design Award, termasuk pengarah kreatif pakaian lelaki BURBERRY, Bram Van Diepen, artis kontemporari Yunuene Esparza, profesor di Akademi Seni China, Yuan Youmin dan peragawan Xiao Hui Wang yang bertanggungjawab menghasilkan rekaan AOD pada peranti.

Semasa IFA 2023, telefon pintar lipat andalan baharu, HONOR Magic V2 turut ditampilkan buat pertama kali di acara global itu.

HONOR Magic V2 merupakan telefon pintar lipat yang paling ringan dan nipis pernah dikeluarkan HONOR sehingga hari ini, dengan hanya seberat 231 gram dan setebal 9.9mm apabila dilipat.

Ia menampilkan generasi baharu Dua Bateri Silikon-Karbon dengan kadar ketebalan 2.72mm dan kapasiti sehingga 5,000mAh.

HONOR Magic V2 turut dilengkapi dengan engsel Titanium Super Ringan dan besi baharu khas HONOR, menambahkan lagi keteguhan dan kestabilan mekanisme engsel.

Peranti ini turut memperoleh sijil pengiktirafan ketahanan daripada SGS setelah diuji mampu menahan lebih 400,000 kali lipatan, bersamaan jangka hayat sehingga 10 tahun dengan purata 100 kali lipatan sehari.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di