REALME 11 Pro Plus 5G hadir dalam saiz padat, dengan dimensi 161.7 tinggi x 73.9 lebar x 8.2mm tebal dan seberat 183 gram.
Telefon pintar ini ringan mudah digunakan dengan sebelah tangan. Bahagian belakang telefon menggunakan kulit sintetik yang embut apabila disentuh.
Bahagian belakang juga mempunyai jalur panjang bertekstur pada bahagian tengah telefon, yang terasa seperti zip apabila disentuh.
Secara keseluruhannya, material kulit membuatkan telefon pintar ini tidak terasa licin apabila dipegang.
Tetapi seperti barangan elektronik lain, pengguna tetap perlu berhati-hati ketika memegangnya supaya tidak jatuh.
Realme 11 Pro Plus 5G membawa panel AMOLED 6.7 inci dengan resolusi Full HD Plus dan kadar penyegaran 120Hz.
Panel ini mempunyai tepi melengkung dan disokong oleh ciri HDR 10 Plus, pemalapan PWM pada 2,160 Hz dan tahap kecerahan maksimum 950 nits.
Kemudian di tengah atas skrin, terdapat lubang (punch hole) yang mengandungi kamera swafoto beresolusi 32 MP (f/2.45).
Pada sebelah kanan peranti, terdapat butang kawalan kelantangan dan butang kuasa.
Kedua-dua butang ini mudah dicapai apabila digunakan dengan satu tangan.
Pada bahagian atas Realme 11 Pro Plus 5G dilengkapi speaker dan mikrofon dengan pembatalan hingar.
Pada bahagian bawah telefon pintar Realme baharu ini, terdapat port USB-C dan laci kad Dwi SIM.
Realme 11 Pro Plus 5G tidak mempunyai slot untuk kad mikroSD.