ARTIKEL

Foto Bernama

Telegram Yang Dipertua Dewan Negara digodam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Akaun Telegram milik Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab sejak beberapa hari lepas.

Perkara itu disahkan Wan Junaidi dalam kenyataan hari ini, yang turut memaklumkan hal tersebut telah dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan panggilan ataupun mesej yang mengakui dan menyamar sebagai dirinya, terutama yang melibatkan kewangan atau janji temu. 

“Bagi sesiapa yang menerima mesej atau panggilan sebegini, boleh menghubungi pejabat saya di talian 03-26017610 untuk pengesahan lanjut. Saya amat kesal dengan tindakan penggodam yang tidak bertanggungjawab ini dan berharap masyarakat tidak mudah terpedaya dengan penipuan sebegini.

“Saya menasihatkan orang ramai agar lebih peka dengan sindiket penipuan melalui pelbagai aplikasi media sosial dan melaporkan tindakan penggodam ini kepada pihak berkuasa,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

Polis cari tiga lelaki bakar anak kucing

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan tiga lelaki tempatan kerana disyaki membakar seekor anak kucing di kawasan tempat letak motosikal Flat Sri Kenari, Sungai Ramal Baru,

BERITA TERBARU

Bina legasi baharu badminton negara

SKUAD badminton lelaki negara diingatkan agar tidak terbuai dengan nostalgia kegemilangan lampau pasukan kebangsaan, sebaliknya cuba untuk melakar sejarah baharu dengan merangkul Piala Thomas 2024

Premier Sarawak berada di Poland

POZNAN: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Johari Tun Openg bakal berucap sebagai ahli panel forum pada sesi ‘Debate Regions for the Planet’ di Poland