ARTIKEL

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri, 19 April, 2024. - SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission. MANDATORY CREDIT - SADIQ ASYRAF/Prime Minister’s Office of Malaysia

Teliti keperluan pinda perundangan mesra pelabur AI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Malaysia perlu segera mengadaptasi landskap ekonomi semasa untuk terus berkembang supaya sentiasa kompetitif di rantau ini dengan menarik pelaburan daripada syarikat sektor teknologi, kecerdasan buatan (AI) dan blok rantai.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara ini mempunyai Pelan Hala Tuju Kecerdasan Buatan Negara 2021-2025 dan Pelan Hala Tuju Teknologi Blockchain (blok rantai) Negara 2021-2025 sebagai satu hala tuju yang berpotensi mempercepatkan adaptasi AI dalam sektor awam dan swasta.

“Kerajaan sedang melihat keperluan bagi merangka dasar dan meminda sebarang perundangan yang berkaitan, supaya negara ini sentiasa mesra pelabur dan dapat menyokong perkembangan infrastruktur AI.

“Bagaimanapun, aspek keselamatan data perlu diberikan keutamaan,” katanya menerusi laman Facebooknya.

Beliau berkata demikian susulan perbincangan diadakan menerusi persidangan video dengan pengasas bersama syarikat Tools for Humanity (TFH), Sam Altman dan Alex Blania, serta Ole Ruch dari Nordstar.

Turut serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Digital, Gobind Singh Deo.

Anwar berkata, perbincangan yang berlangsung sekitar 30 minit itu turut menyentuh beberapa perkara berkaitan kemajuan teknologi yang berkembang pantas.

“TFH turut memaklumkan perkembangan projek Worldcoin, inisiatif terkini berkaitan identiti dan rangkaian kewangan global serta inklusif dengan mengutamakan ciri-ciri kerahsiaan dan memberi pelindungan kepada informasi persendirian,” katanya.

Kerajaan MADANI komited untuk memacu perkembangan ekonomi negara, khususnya dalam sektor berimpak tinggi dan inovasi, serta menyediakan persekitaran perniagaan yang kondusif.

BERITA LAIN

Pengunaan industri eksport catat kenaikan

KUCHING: Industri pembuatan beroperasi dengan kapasiti 80.8 peratus pada suku pertama 2024, berbanding kadar kapasiti 79.8 peratus yang direkodkan pada setahun lepas, kata Jabatan Perangkaan

BMW jual 4,300 kenderaan

SERDANG: BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023. Pengarah Urusan

MyKiosk mudahkan peniaga

SARATOK: Peniaga kecil tepi jalan di Saratok dan Roban boleh menarik nafas lega apabila permohonan mereka untuk mendapatkan kemudahan berniaga seperti MyKiosk diluluskan oleh kerajaan.

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA