ARTIKEL

Tembak mati lima orang kerana cakap kuat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MOSCOW: Seorang lelaki di bahagian tengah Rusia menembak dan membunuh lima orang kerana bercakap kuat pada waktu malam di bawah tingkapnya, kata penyiasat semalam.

Tembakan itu berlaku di wilayah Ryazan semasa perintah duduk di rumah yang bertujuan memperlahankan penyebaran wabak Covid-19. Lelaki 32 tahun dari bandar kecil Yelatma itu menembak sekumpulan empat lelaki muda dan seorang wanita yang ‘bercakap kuat di jalan di bawah tingkapnya’ kira-kira jam 10 malam semalam, kata penyiasat.

Yelatma terletak berhampiran bandar Ryazan, kira-kira 200 kilometer di tenggara ibu kota Moscow.

Lelaki itu pergi ke balkoni untuk mengadu kepada kumpulan itu dan pertikaian meletus sebelum dia mencapai senapang memburunya, kata Jawatankuasa Siasatan.

“Mereka semua mati disebabkan kecederaan dialami di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan. Suspek yang namanya tidak didedahkan telah ditahan.

Pangsapurinya telah digeledah dan senjata itu disita. Timbalan Gabenor wilayah Ryazan, Igor Grekov, berkunjung ke tempat kejadian hari ini. – AFP

BERITA LAIN

Buli siber beri kesan serius kepada kehidupan mangsa

BERLIN: Menteri-menteri Dalam Negeri negeri-negeri Persekutuan Jerman sedang meneliti sama ada untuk memperkenalkan kesalahan jenayah berasingan bagi pembulian siber, lapor agensi berita Jerman (dpa). Cadangan

BERITA TERBARU