ARTIKEL

Tempat duduk tiga Adun dimuktamad sebelum Dun Sarawak Bersidang – SPEAKER

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Susunan tempat duduk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Engkilili dan Ba’kelalan akan dimuktamadkan sebelum persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bermula pada 6 Mei ini.

Speaker Tan Sri Mohd Asfia Awang Nassar berkata beliau telah menerima surat daripada Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing agar meletakkan Datuk Seri Wong Soon Koh (Bawang Assan), Dr Johnical Rayong Ngipa (Engkilili) dan Baru Bian (Ba’kelalan) di blok kerajaan.

“DUN bersidang pada 6 Mei, jadi susunan tempat duduk akan diselaraskan apabila saya membuat sidang media seperti biasa selepas mesyuarat pramajlis sebelum persidangan DUN.

“Di bawah peraturan dua, Peraturan-peraturan Mesyuarat, tertakluk kepada budi bicara Speaker untuk memutuskan siapa duduk di mana,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Tamah DUN Sarawak di sini hari ini.

Pada 6 April lepas, Parti Sarawak Bersatu (PSB) sah dibubar dan ahlinya menyertai PDP dengan Presiden PSB Wong dilantik sebagai Naib Presiden Kanan PDP.

Mesyuarat Majlis Tertinggi PDP juga sebulat suara melantik Dr Rayong dan Baru sebagai Naib Presiden PDP.

Selain PDP, parti komponen dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) turut merangkumi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS). GPS kini menguasai 80 daripada 82 kerusi DUN di Sarawak.

– Bernama

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

Reruai Sarawak curi perhatian pengunjung

KUCHING: Sambutan Hari Muzium Antarabangsa tahun ini mendapat pujian ramai termasuk Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. Majlis

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA