NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Tempat transit gelandangan di Kuching, Bintulu dan Miri dibina tahun ini.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Fatimah pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Gelandangan Sarawak (JPGS) 1/2022 di sini, hari ini.

KUCHING: Selepas Sibu, Kerajaan Sarawak meneruskan penubuhan Tempat Transit Gelandangan (TTG) di tiga lagi bandar utama iaitu Kuching, Bintulu dan Miri pada tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK), Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, sebut harga bagi projek pembinaan TTG di Bintulu dan Miri akan dibuka pada Ogos nanti, manakala TTG di Kuching akan mula dibina pada September depan.

“Bagi TTG Bintulu, ia merupakan bina baharu melibatkan kos sebanyak RM2 juta yang digabungkan bersama Pusat Sokongan Sosial Komuniti dengna kerjasama Lembaga Pembangunan Bintulu (BDA).

“Untuk Miri, ia merupakan penambahbaikan bangunan dilaksanakan dengan kerjasama Syarikat Samling melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka.

“Begitu juga dengan di Kuching yang mengguna pakai bangunan kedai yang ditambah baik. Ini juga merupakan CSR syarikat korporat termasuk sewaan untuk tempoh lima tahun adalah percuma,” katanya.

Fatimah yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Sosial Sarawak (MPSS) berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Gelandangan Sarawak (JPGS) 1/2022 di sini, hari ini.

Baca lain  Op Tapis Khas: 282 orang diberkas seluruh Sarawak

Menurutnya, TTG adalah satu projek Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) di bawah peruntukan Kerajaan Sarawak dalam usaha mengatasi masalah gelandangan di Sarawak bagi meningkatkan kesejahteraan komuniti secara inklusif selain menangani kesan kepada kesihatan serta keselamatan awam, kebersihan bandar dan pelancongan.

Fatimah pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Gelandangan Sarawak (JPGS) 1/2022 di sini, hari ini.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

9 Jun 2023

Berita Terbaru