ARTIKEL

Tempatkan ejen bank di luar bandar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah berbincang dengan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menempatkan ejen bank di kawasan luar bandar terutamanya di Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, terdapat beberapa kawasan luar bandar Sarawak tiada ejen bank, sekali gus menyukarkan urusan penduduk setempat.

“Perbincangan ini bukan sahaja semasa dilanda pandemik Covid-19, tetapi untuk jangka masa panjang.

“Ini kerana, penduduk luar bandar akan berpusu-pusu ke bank terdekat untuk sebarang urusan,” katanya pada sidang media harian pandemik Covid19 di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila penduduk Pakan ‘menyerbu’ balai polis untuk meminta permit pelepasan ke Sarikei bagi mengeluarkan wang bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin).

Menurut Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Pakan tidak mempunyai sebarang ejen bank dan Sarikei merupakan lokasi terdekat bagi mendapatkan kemudahan terbabit.

“Penduduk Pakan ke Sarikei untuk urusan perbankan dan membeli-belah di pekan terbabit kerana mempunyai pasar raya.

“Begitu juga penduduk di Selangau yang pergi ke Sarikei untuk mendapatkan kemudahan sama,” jelasnya.

Bagaimanapun, beliau menggesa orang ramai agar mengamalkan penjarakan sosial dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

“Bagi penduduk luar bandar yang ingin mendapatkan kemudahan perbankan, pihak polis membenarkan mereka keluar atas urusan penting.

“MKN telah berbincang dengan BNM mengenai perkara terbabit yang mengambil kira kemudahan jangka panjang,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU