KUALA LUMPUR: Tempoh sah lesen kenderaan perkhidmatan awam dan perdagangan kini dilanjutkan kepada antara tiga hingga lima tahun berbanding setahun dan dua tahun sebelum ini.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata langkah itu bertujuan meringankan beban yang dipikul oleh pemain-pemain industri pengangkutan akibat pandemik Covid-19.
“Semua pengendali berlesen bagi kenderaan perkhidmatan awam dan kenderaan perdagangan boleh memohon untuk mendapatkan kelulusan bagi tempoh sah lesen pengendali sehingga lima tahun sekiranya memenuhi kesemua syarat yang dikenakan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, antara syaratnya ialah mematuhi Piawaian Keselamatan, setiap kenderaan adalah berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), dilengkapi dengan GPS, dan syarikat perlu memastikan tiada sebarang rekod saman sama ada daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang aktif bagi semua kenderaan syarikat.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 09 Mei 2021