ARTIKEL

Temuduga terbuka untuk pencari kerja di sekitar Daro

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MATU: Berita baik buat semua pencari kerja, agensi pekerjaan Eagle Hr Management Sdn Bhd mengadakan Program Jelajah ‘Jom Kerja’ bermula (hari ini) 14 hingga 15 September di Dewan Kamping Tian Matu dan Dewan Tadika Kie Ming Daro.

Program ini akan bermula pada jam 8 pagi hingga 5 petang di dua lokasi serentak tersebut.

Ia diadakan bertujuan bagi memberi peluang pekerjaan kepada belia-belia yang berumur 18 hingga 50 tahun dalam pelbagai bidang yang boleh mereka ceburi.

Ia juga diharap dapat mengurangkan kadar pengangguran yang berlaku dalam negara kini.

Sehubungan itu, terdapat lebih 100 kekosongan yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat di dalam pelbagai sektor di Malaysia kini, yang dikendalikan oleh pihak Eagle Hr Management ini.

Kepada pencari kerja yang ingin datang mereka perlu bersedia dengan berpakaian kemas dan perlu membawa resume dan sijil kelayakan mereka yang berkaitan untuk sesi temuduga. Beberapa kaunter akan dibuka sebelum sesi temuduga diteruskan.

Ini peluang terbaik untuk masyarakat Daro dan kawasan sekitar datang dan merasai sendiri pengalaman mencari kerja dan ditemuduga oleh beberapa syarikat berkaitan, orang ramai dijemput hadir.

BERITA LAIN

Wong mahu mekanisme cuti gantian diperjelas

KUCHING: Mekanisme pemberian cuti gantian apabila beberapa cuti umum jatuh secara berturut-turut perlu diperjelas bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan majikan dan pekerja, khususnya berkaitan perancangan

BERITA TERBARU