MIRI: Seorang remaja lelaki ditemui mati dalam bilik tidurnya di sebuah rumah di Kampung Padang Kerbau di
sini, petang Sabtu lalu.
Dalam kejadian sekitar jam 4 petang itu, mangsa yang berusia 15 tahun sedang bersendirian dalam biliknya di tingkat atas manakala ibu dan dua lagi adiknya bersama-sama anak saudaranya pula berada di tingkat bawah rumah.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah ketika mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa dijumpai dalam kea-
daan tergantung di bilik tidur.
“Kejadian disedari ketika anak buah mangsa naik ke bilik di tingkat atas yang bertentangan dengan bilik mangsa untuk mengambil barang.
“Ahli keluarga kemudian membawa mangsa ke hospital dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan
di Hospital Miri,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.