Kanak-kanak berusia dua tahun antara lima maut kemalangan di Sibu

Trending

Ten Hag kecewa

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
PENYERANG Anthony Martial cuba melepasi pemain Brighton Kaoru Mitoma pada aksi Liga Perdana Inggeris.

PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag kecewa dengan kekalahan kepada Brighton yang disifatkannya sebagai menjengkelkan ketika harapan untuk ke saingan Liga Juara-Juara terjejas.

Kekalahan dramatik 1-0 di Stadium Amex itu menjejaskan peluang kedudukan empat teratas United apabila menyaksikan mereka hanya empat mata di atas Liverpool yang berada di tangga kelima walaupun mempunyai kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Ten Hag berkata, pemain perlu menyalahkan diri sendiri atas kekalahan tersebut.

Pengendali Belanda itu menyifatkan United mempunyai banyak pelung pada babak awal perlawanan apabila Antony memiliki peluang keemasan sebelum penjaga gol David De Gea menafikan percubaan pemain sayap Albion, Kaoru Mitoma.

Beliau juga mengakui ketumpulan penyudah dalam pasukannya menjadi punca kekalahan berkenaan tetapi menegaskan nasib United akan ditentukan mereka sendiri.

“Kami perlu menyudahkan setiap peluang, lebih tajam dan tidak melakukan kesilapan seperti yang kami lakukan pada minitminit akhir.

“Semuanya bergantung kepada kami sendiri dan kami perlu bangkit semula. Kami perlu jadikan perlawanan hari ini sebagai iktibar dan kami perlu bergerak ke hadapan,” katanya.

Baca lain  Kejuaraan berganda di Terbuka Austria

“Dan saya rasa minit pertama merumuskan segala-galanya.

Kami mencipta peluang yang baik tetapi tidak cukup klinikal.

Kemudian dalam serangan selepas itu kami melepaskan peluang besar.

“Dan akhirnya, kami juga memberikan gol dan itu menjengkelkan kerana jika anda tidak boleh menang kerana anda tidak menghabiskan peluang anda maka jangan kalah,” katanya.

Pemain tengah Brighton, Alexis Mac Allister menyempurnakan sepakan penalti pada minit kesembilan masa tambahan selepas bola terkena tangan Luke Shaw.

United kekal di tangga keempat, kedudukan terakhir bagi kelayakan ke Liga Juara-Juara, empat mata di depan penghuni tangga kelima, Liverpool dengan berbaki satu perlawanan di tangan manakala Brighton di tangga keenam.

“Ada Tuhan dalam bola sepak,” kata pengurus Brighton, Roberto De Zerbi.

“Kami berhak untuk memenangi perlawanan separuh akhir tetapi tewas menerusi penentuan penalti tetapi hari ini kami menang menerusi penalti.

Saya fikir kami bermain lebih baik berbanding United dalam keduadua perlawanan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

KL benam Pahang

JURULATIH Kuala Lumpur (KL) City FC Bojan Hodak, berkata kemenangan 2-1

E-Paper

6 Jun 2023

Berita Terbaru