SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Tenis Remaja Dunia B-14 2023 rancakkan industri pelancongan di Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
CENDERAHATI…Datuk Seri Abdul Karim (dua dari kanan) memyerahkan cenderahati kepada ketua pasukan Korea Selatan, Yoon Jeong Cho (kiri).

KUCHING:  Kejohanan Tenis Remaja Dunia ITF Berpasukan Lelaki/Wanita Bawah 14 Tahun, Pusingan Akhir Asia/Oceania 2023 berperanan merancakkan industri pelancongan di Sarawak.

Menteri Belia Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata,kejohanan ini menjadi medan terbaik meningkatkan pembangunan sukan tenis secara tidak langsung.

“Pada kejohanan ini, ramai pemain dari pelbagai negara terlibat dalam kejohanan yang akan berakhir pada 2 April nanti dan kita difahamkan ramai pemain dari pelbagai negara terlibat dalam saingan kali ini.

“Saya percaya, kehadiran mereka ini akan dapat merancakkan industri pelancongan negeri ini. Apatah lagi, Sarawak yang dikenali sebagai sebuah negeri yang mempunyai tempat menarik,” tegas beliau.

Tambah Karim, peluang bagi pemain yang mewakili negara untuk menguji kemampuan pemain dari negara lain.

“Secara tidak langsung, inilah masa atau peluang pemain kita menguji kemampuan mereka berdepan wakil negara lain,” tambah beliau lagi.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Kemenangan ke-13 JDT

SKUAD Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan rekod bersih apabila melakarkan

Perasmian menakjubkan

KEMBOJA mengalu-alukan penyertaan 2,000 atlet ‘istimewa’ dengan pericikan bunga api

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru