ARTIKEL

Tenis Sukma 2021: Fokus teknikal, mental

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ATLET tenis wanita Sukma Sarawak fokus kepada latihan teknikal dan ketahanan mental bagi menghadapi temasya Sukma XX-Johor 2021 yang berbaki tujuh bulan lagi.

Jancy Ceria Odau, 18, berasal dari Roban dan berbangsa Kenyah campuran Iban itu berkata, perkembangan latihan beliau semakin meningkat berbanding sebelum ini.

“Fokus utama latihan saya ialah kemahiran teknikal iaitu mengurangkan kesalahan dalam permainan seperti mengelak bola keluar dari garisan gelanggang.

“Selain itu, kelemahan yang perlu saya perbaiki juga adalah dari segi ketahanan mental,” katanya kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau kini giat berlatih di gelanggang tenis Persatuan Tenis Lawn Sarawak di bawah kendalian jurulatih Steve Din.

Pemenang pingat gangsa wanita berpasukan Sukma 2018 di perak itu untuk menyasarkan pingat emas buat Sarawak.

Setakat ini, beliau tersenarai di tangga enam pemain wanita untuk mewakili Sarawak ke Sukma. Pemain muda itu juga berharap agar dapat menyertai lebih banyak pertandingan.

“Setakat ini, pertandingan tertinggi yang pernah saya sertai ialah Kejohanan Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) yang dianjurkan oleh SLTA,” katanya lagi.

BERITA LAIN

Zii Jia juara Terbuka Australia

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia meraih gelaran kedua musim ini selepas  merangkul kejuaraan Terbuka Australia 2024 dengan menewaskan wakil Jepun

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU