Suara Sarawak adalah akhbar harian Melayu baharu yang dimiliki oleh sebuah kumpulan media, yang juga merupakan wakil Astro Awani dan TV Alhijrah di Sarawak.


SAMBUTAN akhbar terbaharu Suara Sarawak dan New Sarawak Tribune (NST), amat menggalakkan.

Rata-rata pembaca yang ditemui semalam menyatakan, tertarik dengan setiap isi kandungan sama ada berita atau rencana yang dihidangkan dalam kedua-dua akhbar ini.

Malah, tinjauan Suara Sarawak mendapati, rata-rata penduduk di sini akan menjadikan Suara Sarawak dan NST sebagai akhbar pilihan.

Sarinda Magimin, 39, dari Sabah yang menjual sayur-sayuran di Pasar Lama Mukah di sini memberitahu, dia sememangnya menanti kemunculan akhbar ini dan kehadiran Suara Sarawak di Mukah amat menggembirakannya.

“Isu kandungan merangkumi berita tempatan, pemikiran, portal, hiburan, ekonomi, global, ruai, lensa, nasional dan sukan menepati kehendak saya sebagai pembaca,” katanya.

Sementara itu, Nur Evelyn yang berminat membaca ruangan niaga berkata, penggunaan bahasa Melayu dan Iban dalam penulisan berita dalam akhbar ini boleh menjadi panduan dan motivasi kepada pembaca dan peniaga.

“Pembaca berbangsa Melanau, Iban, Melayu dan lain-lain boleh membaca dan belajar membaca melalui berita yang ditulis menggunakan bahasa Melayu dan Iban,” tambahnya.

Seterusnya, Nawabdeen, pemilik kedai kopi menyatakan kelahiran Suara Sarawak dan NST di Mukah kini bertepatan dengan kehendak pembaca.

“Di kedai saya ini, akhbar ini seakan menjadi hidangan pagi yang wajib sambil minum dan makan, pelanggan boleh membaca berita terkini dan tempatan dalam akhbar ini.

“Selain itu, dengan memaparkan perkara berlaku di Mukah dalam akhbar ini, saya yakin ia akan membantu penduduk di sini dan pengunjung mengetahui perkara menarik di sini terutama sukan,” jelasnya.

Bagi pemilih kedai jahitan Rahna Garments, Roslinah Raju dan Ratna Bihari pula, dia akan berusaha untuk mempromosikan perniagaan mereka melalui Suara Sarawak dan NST.

“Kami tertarik dengan penggunaan bahasa Melayu dan Iban dalam Suara Sarawak dan bahasa Inggeris (NST). Ia sangat sesuai dengan kehendak pembaca. Pembaca mempunyai pilihan bahasa,” katanya.

Menurut Nurul Sabrina Samsudin dari Kampung Tutus Ulu, dia gembira dan mengalu-alukan kehadiran kedua-dua akhbar itu.


SV News Sdn. Bhd. (1307143-A)

Lot 14096 (SL 121) Section 65, Kuching Town Land District. 14 D, Metrocity Commercial Precinct, Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia

Tel: 082-647375 , 082-649527, 082-510005
Fax: 082-513055

Emel: news@suarasarawak.my