Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Tentang Kita konsert pelajar universiti layan sendu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Penganjur Afiq Akmal Azhar bersama penyanyi Ir Radzi semasa akhir Konsert Tentang Kita di Hotel UCSI pada Sabtu.

KUCHING: Konsert Tentang Kita 2.0 diyakini mampu menjadi platform mengetengahkan bakat seni anak Sarawak ke tahap lebih tinggi.

Penganjur, Afiq Akmal Azhar berkata selepas penganjuran edisi pertama sebelum ini sambutan amat menggalakkan daripada para pengunjung untuk siri kedua.

Penganjur Afiq Akmal Azhar bersama penyanyi Ir Radzi semasa akhir Konsert Tentang Kita di Hotel UCSI pada Sabtu.

Katanya lebih 1,000 pengunjung hadir bagi menyaksikan persembahan daripada artis tempatan Sarawak yang berlangsung di Hotel UCSI pada malam Sabtu.

“Alhamdullilah sambutan Tentang Kita 2.0 agak berbeza dari segi yang boleh kita lihat lebih ramai penonton kerana mereka pernah datang menyaksikan bagaimana sambutan Tentang Kita sebelum ini.

Ribuan penonton teruja sambil merakamkan video penyanyi tempatan Lydia ketika membuat persembahan semasa Konsert Tentang Kita 2.0 yang berlangsung di Hotel UCSI di Kuching baru baru ini.

“Kita tambah artis tempatan supaya dapat memperbanyakkan lagu-lagu untuk penonton berhibur dan visi Tentang Kita ini memang sesuai sebagai platform untuk mengangkat artis tempatan,” katanya.

Penganjur muda berusia 20 tahun itu berkata demikian ketika ditemui selepas tamat Konsert Tentang Kita 2.0 kelmarin.

Rakam kenangan… kumpulan produksi bersama-sama artis selepas Konsert Tentang Kita 2.0.

Melihat kepada kejayaan konsert tersebut, Afiq berkata pihaknya akan melebarkan sayap persembahan artis tempatan ke Kuala Lumpur.

Namun sebelum itu jelasnya, pihak bercadang untuk mengadakan konsert sama di Miri sebagai lokasi seterusnya.

Baca lain  Pelajar perlu bersemuka dengan pensyarah

Konsert kali ini nampakanya bejaya jadi perancangan sebelum ini kita mahu bawakan Tentang Kita ke Kuala Lumpur namun sebelum itu kita sedang dalam perancangan untuk membawa Tentang Kita ini ke Miri, Sarawak,” kata Afiq.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Jatuh bangun 64 tahun

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berikrar untuk kekal relevan

E-Paper

4 JUN 2023

Berita Terbaru

Jatuh bangun 64 tahun

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berikrar untuk kekal relevan