ARTIKEL

Volunteers distribute rations of red lentil soup to displaced Palestinians in Rafah in the southern Gaza Strip on February 18, 2024, amid the ongoing conflict between Israel and the militant group Hamas. After more than four months of war that has flattened huge swathes of the Strip, Gazans are inching closer towards famine, according to the UN's World Food Programme. (Photo by SAID KHATIB / AFP)

Tentera AS rancang bina pelabuhan sementara di Gaza

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) dan rakan kongsinya merancang untuk membina sebuah pelabuhan sementara di pantai Semenanjung Gaza dalam usaha menyampaikan bantuan tambahan kepada orang awam di wilayah terkepung itu, menurut seorang pegawai kanan Kerajaan AS, di sini.

“Malam ini, presiden mengumumkan bahawa beliau mengarahkan tentera AS bagi mengetuai misi kecemasan untuk menubuhkan sebuah pelabuhan di pantai Gaza yang dapat menerima kapal besar bagi membawa makanan, air, ubat-ubatan dan tempat perlindungan sementara,” katanya.

Pegawai kanan itu merujuk kepada ucapan ‘State of the Union’ oleh Presiden kepada Kongres, yang berlangsung pada Khamis.

Menurut seorang lagi pegawai kerajaan, rancangan itu dibuat di tengah-tengah kebimbangan Washington bahawa bantuan yang masuk ke Gaza adalah jauh daripada mencukupi dan tidak cukup pantas.

Pelabuhan itu terutamanya terdiri daripada jeti sementara yang menyediakan kapasiti untuk membolehkan ratusan trak tambahan bantuan setiap hari.

Situasi kemanusiaan di Gaza agak teruk dengan kelaparan semakin meningkat dalam kalangan penduduk manakala lebih 30,000 penduduk Palestin terbunuh sejak konflik antara Israel dengan Hamas meletus pada 7 Oktober lalu. -Bernama

BERITA LAIN

Banjir lahar sejuk landa Jawa Timur

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,