ARTIKEL

Kelibat anggota tentera mendukung mangsa banjir untuk dipindahkan ke PPS SK Pasir Tengah.

Tentera bantu 49 mangsa banjir di Lundu berpindah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

LUNDU: Tentera Darat Malaysia (TDM) membantu seramai 49 penduduk kampung berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Tengah di sini, hari ini.

Jurucakap Sel Perhubungan Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia berkata bantuan tersebut melibatkan pasukan 7 Rejimen Sempadan yang sedang menjalankan latihan Eksesais Satria Perkasa di kawasan berhampiran.

“Pasukan tersebut telah membantu mangsa banjir yang terkandas di kawasan kampung berkenaan berikutan hujan lebat yang turun mulai Jumaat (1 Mac).

“Aktiviti membantu dan menyelamat mangsa banjir bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir 11 pagi tadi, ” kenyataan itu memaklumkan.

Menurutnya, seramai 16 anggota, termasuk pegawai dan anggota pasukan 7 Rejimen Sempadan, bersama dua buah bot telah diaturgerakkan semasa kejadian.

Dalam perkembangan sama, kenyataan itu menegaskan beberapa pasukan di bawah naungan 31 Briged turut diletakkan dalam keadaan siap sedia untuk diatur gerak membantu pemindahan dan aktiviti pembersihan melibatkan kawasan dikenal pasti.

“TDM terus komited melaksanakan tugas-tugas sekunder dalam Op Murni bagi membantu agensi-agensi awam yang lain dalam usaha membersihkan kawasan kediaman mangsa-mangsa banjir terjejas,” ujarnya.

Baca lain  Richard Riot optimis pertahankan Parlimen Serian
Anggota tentera membantu mangsa menolak sebuah kenderaan ke tempat selamat selepas tenggelam akibat banjir.

BERITA LAIN

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh