ARTIKEL

Tentera China masih beroperasi di Taiwan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TAIPEI: Kementerian Pertahanan Taiwan melaporkan pada Khamis bahawa pesawat dan kapal perang China masih beroperasi di sekitar pulau itu, beberapa hari selepas Beijing memaklumkan latihan ketenteraannya tamat secara rasmi.

Kementerian itu memaklumkan sebanyak 26 pesawat dan tujuh kapal dikesan dalam tempoh 24 jam lepas, setakat 6 pagi.

Sebanyak 14 pesawat pejuang China dikesan melintasi garis tengah Selat Taiwan dan memasuki zon pengenalan pertahanan udara (ADIZ) Taiwan, lapor agensi berita Jerman.

Kementerian memaklumkan bahawa sebanyak 35 pesawat dan lapan kapal China dikesan pada hari sebelumnya.

China mengadakan latihan ketenteraan selama tiga hari sebagai tindak balas kepada pertemuan Presiden Taiwan Tsai Ing-wen dengan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat Kevin McCarthy di California minggu lalu.

Beijing sebelum ini memaklumkan latihan ketenteraan berakhir pada Isnin. – BERNAMA

BERITA LAIN

Mokhber presiden sementara

TEHRAN: Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengisytiharkan selama lima hari tempoh berkabung awam berikutan kematian Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam

Periksa syarikat produk rempah tercemar

MUMBAI: Lembaga rempah kerajaan India telah melakukan pemeriksaan kilang ke atas dua syarikat pengeluar rempah terkemuka berikutan larangan asing susulan tuduhan beberapa produk telah dicemari

Sekolah di Pakistan ditutup 7 hari

ISLAMABAD: Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh hari dari 25 hingga

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.