ARTIKEL

Lori membawa muatan rotan kering yang cuba diseludup keluar ke Indonesia.

Tentera darat gagalkan cubaan seludup keluar rotan kering bernilai RM78,840

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tentera Darat Malaysia menggagalkan cubaan untuk menyeludup keluar rotan kering bernilai RM78,840 oleh enam lelaki di Lubok Antu, semalam.

Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat berkata penahanan dan rampasan sekitar jam 2.30 pagi itu dijalankan sepasukan tentera dari 1 Divisyen yang menjalankan penugasan serang dan tangkap (Serkap) di lokasi yang dikenali masyarakat setempat sebagai ‘Pondok John’, kira-kira 800 meter dari sempadan Malaysia-Indonesia.

“Pasukan tentera bertindak menahan satu lori bersama enam warga negara Malaysia dalam lingkungan umur 25 hingga 78 tahun yang mencurigakan.

“Hasil daripada pemeriksaan mengesahkan terdapat rotan kering berjumlah 5,840
kilogram bernilai RM 78,840,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, turut dirampas adalah sebuah Lori Hino Tipper bernilai RM150,000 dan sebuah Toyota Fortuner bernilai RM55,000.

Kesemua nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM283,840.

Katanya, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lubok Antu dan kesemua barangan rampasan telah diserahkan kepada pihak Kastam Negeri Sarawak pada hari yang sama untuk tindakan selanjutnya.

Baca lain  Kematian seorang penuntut perempuan diklasifikan sebagai sebagai SDR
Enam warga tempatan yang cuba menyeludup keluar rotan kering turut ditahan.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

1 Rumah 1 Jalur Gemilang, pupuk semangat kebangsaan

KUCHING: Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) diperkenalkan dan dilancar Kementerian Komunikasi merupakan satu simbolik bagi menggerakkan hati rakyat Malaysia. Menteri di Jabatan Premier

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

BERITA TERBARU

Kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus – KKM

PUTRAJAYA: Jumlah kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024,

1 Rumah 1 Jalur Gemilang, pupuk semangat kebangsaan

KUCHING: Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) diperkenalkan dan dilancar Kementerian Komunikasi merupakan satu simbolik bagi menggerakkan hati rakyat Malaysia. Menteri di Jabatan Premier