ARTIKEL

Kim Jong Un - Foto: kcna/dpa | BERNAMA

Tentera Laut Korea Utara akan jadi pasukan penting pencegahan nuklear – Kim Jong Un

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MOSCOW: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un pada Selasa berkata tentera laut negara itu akan menjadi sebahagian daripada pasukan penting dalam pencegahan nuklear di negara itu, lapor Sputnik.

Unit pelbagai perkhidmatan itu akan dilengkapi senjata nuklear taktikal baharu, selaras dengan dasar memperluas operasinya, lapor Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), memetik kata pemimpin Korea Utara itu ketika melawat markas komando tentera laut dan menyampaikan ucapan tahniah sempena Hari Tentera Laut.

Kim Jong Un mendakwa akibat tindakan Amerika Syarikat dan Sekutunya, perairan Semenanjung Korea kini menjadi perairan paling tidak stabil dengan bahaya perang nuklear. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh