Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Tentera masuk rumah panjang. Amaran lebih keras, jangan berani untuk bolos

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

SIBU: Anggota Tentera Malaysia sudah mula ditempatkan di kawasan berisiko jangkitan Covid-19 bagi membantu polis mengawal serta melakukan pemantauan ke atas rumah-rumah panjang yang dikenakan sekatan pergerakan di sini.
Sumber dalaman pihak ATM di sini yang enggan mendedahkan identitinya berkata, mereka digerak atur ke kawasan berkenaan bermula hari ini.
Namun, beliau tidak pasti jumlah anggota yang dikerahkan memandangkan ATM di sini di bawah Infantri 9 Briged.
“Difahamkan setiap rumah panjang yang telah dikenal pasti (dikenakan sekatan pergerakan) akan mempunyai tentera yang ditempatkan di pusat kawalan.
“Selain itu, tentera turut ditempatkan di kawasan Sekatan Jalan Raya (SJR) bersama-sama pasukan polis secara bergilir-gilir,” ujarnya.
Semalam (Selasa), Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberitahu bahawa ATM akan dikerahkan untuk membantu mengawal rumah-rumah panjang yang dikenakan sekatan pergerakan di Sibu.
Menurutnya, ini berikutan terdapat kes beberapa penduduk rumah panjang yang berjaya meloloskan diri dari sekatan pergerakan di Sibu, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit dalam sidang medianya pada Isnin lalu mendedahkan terdapat penduduk rumah panjang meloloskan diri dari sekatan pergerakan menggunakan jalan hutan.
Sementara itu, Ketua Pemuda PDP Bahagian Bawang Assan Kaunselor Joshua Ting Fu Ying menghulurkan bantuan makanan dan pelitup muka kepada anggota ATM yang bertugas di kawasan berdekatan dengan rumah-rumah panjang yang dikenakan sekatan pergerakan di Pasai hari ini.
“Dengan bantuan dan sokongan moral dari pihak kami, saya berharap ATM terus menyumbang keringat mereka dalam membantu polis mengawal sekatan ini dari dibolosi.
“Diharap dengan kedatangan kami ia dapat memberi semangat baharu kepada mereka,” ujar beliau.
Ting berkata, banyak anggota ATM telah dikerahkan kawasan berisiko khususnya di rumah-rumah panjang yang dikenakan sekatan pergerakan di bahagian Sibu.
Jelas beliau, ia akan memperketatkan lagi sekatan itu dengan adanya bantuan tentera.
“Menurut laporan, difahamkan sebanyak 48 buah rumah panjang di bahagian Sibu dikenakan sekatan pergerakan setakat ini.
“Melalui lawatan saya ke pos kawalan sekatan pergerakan di Pasai ini, saya turut difahamkan semua tentera ditempatkan di 48 buah rumah panjang berkenaan,” ujar beliau.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru