ARTIKEL

Tentera Sarawak yang hilang belum ditemui

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua anggota tentera berasal dari Sarawak yang hilang dalam satu operasi di Pulau Perak, Kedah pada Jumaat lalu masih belum ditemui.

Sumber memberitahu usaha mencari mereka masih sedang giat dijalankan.

“Kita masih mencari mereka. Buat masa ini, mereka belum dijumpai,” katanya yang dihubungi pada jam 11.30 semalam.

Identiti kedua-dua anggota tersebut dikenal pasti sebagai Koperal David Edmund Rapi, 29, yang berasal dari Dalat dan Lans Koperal Moses Logers dari Bau.

Kedua-dua mereka berketurunan Melanau dan Bidayuh masing-masing.

Mereka yang bertugas di Rejimen Keempat Renjer Diraja hilang kali terakhir dilihat di blok penginapan di pulau tersebut sekitar jam 5 petang hari berkenaan, ketika anggota sedang berehat.

Namun pada jam 10 malam, ketika semua anggota dikumpulkan, kedua-duanya didapati hilang.

Satu gerakan besar-besaran telah diaktifkan untuk mencari mangsa melibatkan pesawat mencari dan menyelamat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Pulau Perak merupakan pulau batuan granit seluas satu kilometer yang terletak di perairan terhujung barat Semenanjung Malaysia, di perairan Selat Melaka.

Ia merupakan kawasan perlindungan marin.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan