Tenunan songket di balik tirai besi

PUNCAK BORNEO: Penjara Puncak Borneo berjaya menghasilkan 20 helai kain tenunan songket pelbagai corak melalui Bengkel Songket Sarapride Puncak Borneo yang merupakan antara kerjasama Kerajaan Sarawak dengan Jabatan Penjara Sarawak.

Pengarah Penjara Sarawak Ajidin Salleh berkata, seramai 22 banduan dipilih oleh Pusat Kecemerlangan Teknikal (Centex) menyertai bengkel itu.

Menurutnya, sehelai songket mengambil masa 30 hingga 50 hari untuk disiapkan”Ini merupakan pencapaian yang amat membanggakan kami,” katanya ketika menerima lawatan kali isteri Ketua Menteri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang ke Penjara Puncak Borneo, semalam. Dalam lawatan itu, Juma’ani turut meluangkan masa dua jam melihat sendiri hasil tenunan kain songket yang ditenun oleh banduan Penjara Puncak Borneo.

Ajidin berkata, Jabatan Penjara Sarawak, Centex dan Old Kuching Smart Heritage (OKSHe) akan mengadakan kerjasama mengembangkan produk songket itu.

“Kami akan merancang pelan perniagaan bersama-sama rakan kongsi dalam mengembangkan pengeluaran songket dan menjadi hak pengeluar songket di seluruh Sarawak.

“Kami akan memohon bantuan daripada Kerajaan Sarawak untuk mengembangkan lagi pengeluaran kain songket,” katanya.

Suara Sarawak