ARTIKEL

Tenunan songket di sebalik tirai besi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak menjalin kerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia untuk mengadakan bengkel tenunan songket Sarawak kepada banduan.

Kerjasama itu akan diterajui oleh Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak serta Centex.

Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah, tiga pegawai penjara akan menjalani latihan selama empat bulan di Centex mulai bulan depan untuk mempelajari tenunan songket Sarawak.

“Selepas itu, pegawai penjara terbabit akan mengadakan bengkel tenunan songket Sarawak dalam penjara.

“Sebagai projek perintis ini, 10 banduan penjara Puncak Borneo dipilih yang menjalani hukuman lebih daripada tiga tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat bersama Pengarah Penjara Negeri Ajidin Salleh di Bangunan Baitulmakmur di sini, semalam.

Kata Fatimah, cetusan idea untuk mengajar banduan mengenai tenunan songket Sarawak adalah hasil saranan daripada Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika bertemu dengan isteri Ketua Menteri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang pada Jun lalu.

“Saya optimis yang projek ini akan berjaya sebagai salah satu usaha melengkapkan banduan dengan bidang kemahiran.

“Malah persalinan Raja Permaisuri Agong semasa pertabalan Yang di-Pertuan Agong Julai lalu merupakan songket Pahang hasil tenunan banduan Penjara Bentong,” jelasnya.

Menurut Fatimah, asal usul penenun songket Sarawak adalah dari Kuala Rajang suatu ketika dahulu.

“Maka, projek ini boleh direalisasikan dan hala tuju selepas itu akan dibincangkan dalam masa terdekat.

“Ini juga boleh menjadi satu kemahiran kepada para banduan selepas mereka bebas kelak,” ujarnya.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU