Trending

Terapkan ilmu teknologi rantaian blok dalam pelajaran

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Sebastian melawat pameran pembelajaran guru pelatih pada Majlis Perasmian Showcase dan Pameran di Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) Miri.

MIRI: Guru-guru perlu menerapkan ilmu teknologi rantaian blok dalam pelajaran anak muda generasi ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, ia sebagai salah satu persiapan awal untuk pelajar berdepan cabaran industri pada masa hadapan.

“Jika kita bercakap mengenai kecerdasan buatan (AI), ia sudah berlaku pada masa kini dan kemungkinan mengalami kemajuan pada masa hadapan

“Sekiranya kita bercakap mengenai inovasi dan kebolehcapaian, ia juga sebahagian daripada aspek teknologi yang para guru boleh dedahkan kepada anak-anak.

“Justeru, program ini bagus kerana ia menyediakan platform untuk para pelajar membentangkan produk yang dihasilkan melalui pembelajaran selain mempamerkan keberhasilan dan pencapaian mereka sepanjang pengajian di Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) dalam usaha melahirkan guru yang berkualiti dan kompeten,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Showcase dan Pameran di IPGKS Miri, di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan para belia di negeri ini untuk mempelajari teknologi rantaian blok supaya seiring dengan perkembangan industri.

“Dengan mendalami ilmu sedemikian, belia akan lebih mudah memahami teknologi berkenaan dan bukan hanya sekadar melihat kepada keburukannya sahaja,” ujarnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 December 2023

Berita Terbaru