Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Terbaiklah Saberkas Daro!

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Adun Daro, Safiee Ahmad menyampaikan sumbangan peralatan ketika meninjau Forty Three Youth Barbershop di Daro, semalam.

DARO: Usaha gigih Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) cawangan Daro menyediakan platform ekonomi kepada golongan muda di kawasan itu, akhirnya menjadi kenyataan melalui kewujudan Fourty Three Youth Barbershop.

Beroperasi di Medan Selera Daro, Fourty Three Youth Barbershop, dikendalikan oleh anak muda Daro yang berbakat besar dalam bidang fesyen pengayaan rambut itu.

Selain menawarkan harga yang berpatutan, premis itu juga menyediakan pelbagai pilihan fesyen rambut kepada pelanggannya.

Sehubungan itu, Adun Daro Safiee Ahmad berkata, kewujudan premis tersebut merupakan salah satu inisiatif penting Saberkas  dalam menyediakan peluang  pekerjaan untuk belia di kawasan berkenaan.

Usaha itu katanya, merupakan kesinambungan kejayaan Saberkas Daro menganjurkan bengkel gunting rambut dengan kerjasama Kenyalang Barbershop dua tahun lalu.

“Mungkin ada beranggapan tukang gunting rambut bukan kerjaya glamor, tetapi tidak ramai yang sedar, bidang ini sebenarnya mendatangkan pendapatan cukup lumayan jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

“Saya melihat Fourty Three Youth Barbershop mampu mendidik belia untuk berdikari sekali gus menjadi batu loncatan kepada mereka menjadi usahawan mandiri dan memilih keusahawanan sebagai salah satu karier pilihan,” katanya ketika meninjau premis berkenaan, semalam.

Beliau menambah,  langkah proaktif  Saberkas itu juga sekali gus mampu membendung penglibatan golongan belia dalam aktiviti yang tidak bermanfaat.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang