ARTIKEL

Terbuka Jerman: Yew Sin-Ee Yi terkandas di separuh akhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Harapan untuk melihat wakil tunggal negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, mara ke final kejohanan badminton Terbuka Jerman tidak kesampaian apabila tewas kepada lawan dari China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu, di Mulhein An Der Ruhr semalam.

Beregu lelaki profesional negara yang juga pilihan utama itu tunduk 5-21, 15-21 kepada pilihan ketiga kejohanan dalam saingan separuh akhir yang berlangsung di Westenergie Sporthalle.

Gandingan China itu dijadual berdepan wakil Taiwan, Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan, pada perlawanan akhir hari ini.

Terdahulu wakil Taiwan itu mara ke final selepas mengetepikan Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard dari Denmark 22-20, 21-11.

Kali terakhir Malaysia meraih gelaran Terbuka Jerman adalah pada edisi 2022 menerusi gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang menewaskan beregu China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi 23-21, 16-21, 21-14. – BERNAMA

BERITA LAIN

Zii Jia lepasi pusingan pertama BAC 2024

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia melepasi halangan di pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China hari ini. Juara

BERITA TERBARU