ARTIKEL

Terbuka Perancis 2023:  Zii Jia mara pusingan kedua

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia mara ke pusingan kedua kejohanan badminton Terbuka Perancis 2023 di Rennes awal pagi tadi selepas menewaskan lawan dari China Weng Hong Yang. 

Kemenangan itu sekali gus melunaskan dendam kekalahan pemain profesional itu kepada Hong Yang pada final Terbuka Denmark baru-baru ini.

Pada aksi pusingan pertama di Glaz Arena itu, Zii Jia merakam kemenangan 21-15, 21-11 dalam tempoh 45 minit untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

 Pemain ranking ke-11 dunia itu yang menjuarai Terbuka Artik di Finland awal bulan ini, akan membuat perhitungan dengan seorang lagi pemain China Li Shi Feng yang merupakan pilihan kelapan kejohanan bagi memburu tempat ke suku akhir.

Sementara itu, seorang lagi pemain negara Ng Tze Yong menepati ramalan apabila melepasi halangan pertama dengan menewaskan Mark Caljouw dari Belanda 21-9, 21-9.

Tze Yong dijadualkan bertemu wakil tuan rumah Arnaud Merkle di pusingan kedua, esok.

Dalam pada itu, dua pasangan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei serta Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie turut mara ke pusingan kedua selepas menewaskan lawan masing-masing.

Tang Jie-Ee Wei akan menentang Reginald Lee-Ng Tsz Yau dari Hong Kong manakala Soon Huat-Shevon juga akan bertemu satu lagi pasangan Hong Kong Tang Chun Man-Tse Ying Suet.

Sementara itu, nasib tidak menyebelahi pasangan beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun selepas kecundang di tangan gandingan Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard dari Denmark 21-18, 18-21, 15-21.– BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Harimau Malaya pindah kandang jika…

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai perancangan sekiranya Stadium Nasional Bukit Jalil tidak bersedia untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Harimau

Pencarian bakat baharu di Betong

BETONG: Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Abang Suhordie Abang Zaini, menzahir ucapan terima kasih kepada pihak Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) Sarawak

Muhammad Haikal sasar juara badminton Masters Orleans

KUALA LUMPUR: Pemain beregu lelaki negara, Muhammad Haikal Nazri meletakkan sasaran membawa pulang mahkota kejuaraan sulung tahun ini bersama pasangannya, Choong Hon Jian pada kejohanan Badminton Masters

BERITA TERBARU

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais