ARTIKEL

Lee Zii Jia | BERNAMA

Terbuka Singapura 2024: Zii Jia tarik diri akibat kecederaan ‘hamstring’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, terpaksa menarik diri daripada kejohanan Terbuka Singapura 2024 akibat kecederaan ‘hamstring’ yang dialaminya selepas menyertai dua kejohanan berturut-turut, iaitu Terbuka Thailand 2024 dan Masters Malaysia 2024. 

Penarikan itu menyaksikan juara bertahan, Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia, yang dijadual menentang Zii Jia pada pusingan pertama semalam, menang percuma untuk mara ke pusingan kedua dan bertemu dengan seorang lagi pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, hari ini. 

Dalam kenyataan di akaun X semalam, TeamLZJ memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat perubatan, selain memberi tumpuan kepada proses pemulihan.

“Ia adalah satu keputusan yang sukar untuk menarik diri daripada Terbuka Singapura, tetapi selepas penilaian perubatan di Singapura, Zii Jia dinasihatkan untuk tidak mengambil bahagian kerana kecederaan ‘hamstring’ yang dialami semasa Terbuka Thailand dan Masters Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Terbuka Thailand berlangsung pada 14 hingga 19 Mei lepas, diikuti Masters Malaysia pada 21 hingga 26 Mei, manakala Terbuka Singapura bertaraf Super 750 membuka tirai kelmarin hingga 2 Jun ini. 

Sementara itu, beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, mengambil masa hanya 33 minit untuk menumpaskan B. Sumeeth Reddy-Sikki Reddy dari India, 21-18 dan 21-19. 

Juara Masters Malaysia 2024 itu seterusnya akan bertemu pasangan nombor satu dunia, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dari China, pada pusingan kedua, hari ini. 

Mengikut rekod pertemuan sebelum ini, Soon Huat-Shevon pernah ditewaskan 11 kali oleh pasangan tersebut, termasuk di Indonesia Masters 2018, Jelajah Dunia Akhir 2018, Masters Indonesia 2019, Terbuka Perancis 2019 dan Terbuka Fuzhou China 2019. 

Mereka juga ditumpaskan di Masters Malaysia 2020, Masters Malaysia 2022, Terbuka Denmark 2022, Terbuka Malaysia 2023, Terbuka India 2023 dan Kejohanan Badminton Asia Dubai 2023. – BERNAMA

BERITA LAIN

SMK Muara Tuang muncul juara

SADONG JAYA: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muara Tuang melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara Kejohanan Bola Sepak Bawah 15 Tahun, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Bahagian (MSSB)

BERITA TERBARU

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup