Terbukti Muhyiddin punya majoriti di Parlimen

KUALA LUMPUR: Usul memilih Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu, Datuk Azhar Azizan Harun mendapat sokongan majoriti ahli parlimen sekali gus membuktikan Kerajaan PN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memiliki mandat cukup berkuasa.

Azhar Azizan dilantik sebagai speaker baharu menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusoff memperoleh 111 undi berbanding 109 menolak.

Pengundian menyaksikan penukaran Yang Dipertua Dewan Rakyat membuktikan PN mempunyai majoriti kerusi.

Memetik Bernama, pakar undang-undang dan perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata, majoriti ini satu ketetapan meluluskan usul menggantikan Speaker Dewan Rakyat.

Dr Shamrahayu berkata, penukaran Yang Dipertua Dewan Rakyat itu sah di sisi undang-undang walaupun mendapat tentangan pakatan pembangkang.

Suara Sarawak